Wednesday 26 November 2014

KENYATAAN TUAN IBRAHIM, NAIB PRESIDEN PAS PATUT DIPUJI

PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden Published: 27 November 2014 Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014. Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014. Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR. "Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS. Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia. "Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya. Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah. "Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda. Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu. Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu. Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS. Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya. "Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam." Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR. "Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim. Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar. "Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN. "Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya. Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat. "Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. – 27 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-pernah-rugi-dengan-tahaluf-siyasi-kata-naib-presiden#sthash.oxRrwKmX.dpuf

PASMA PERTAHANKAN PAKATAN RAKYAT

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan muzakarah lanjut dengan Majlis Syura Ulamak PAS pula kelak, susulan dialog tertutup dengan beberapa pemimpin parti masa depan itu semalam. "Perbincangkan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PasMa dan jawatankuasa wakil PAS ini akan membawa balik semua penjelasan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum mereka membuat pendirian rasmi mengenai kewujudan PasMa ini. "Perbincangan itu amat positif kerana PasMa diberi peluang untuk menjernihkan segala salah faham yang ditimbulkan oleh pemimpin tertentu parti sebelum ini. "Yang penting, kita telahpun menjelaskan mengenai peranan PasMa yang tidak mungkin menjadi pesaing pada mana-mana parti politik kerana kita (PasMa) NGO. "Pertemuan itu sekaligus semacam PasMa ini mendapat pengiktirafan daripada PAS dan kita berharap akan ada muzakarah susulan dengan Majlis Syura Ulama (MSU) pula selepas ini, jika mereka bersedia untuk bertemu dengan kita," ujar ujar Pahrolrazi dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal dekat Kuala Lumpur petang semalam. Phahrolrazi yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kedah semasa era Pakatan Rakyat lalu berkata, perbincangan tersebut antaranya berkisar mengenai PasMa yang dikatakan menggerakkan usaha menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden PAS pada saingan Muktamar akan datang, pada Jun 2015. Katanya lagi, kepemimpinan PasMa turut diminta memberi penjelasan mengenai beberapa kenyataannya yang dilihat jelas menentang ketetepan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, iaitu institusi paling berpengaruh selepas mesyuarat agung parti. "Tindakan bergaduh dengan penonton macam PasMa ini tidak cerdik sebenarnya kerana sorakan PasMa ini memang untuk kekalkan sokongan pada pasukan Pakatan Rakyat walaupun ada sedikit kritikan daripada penyokong PasMa kepada individu tertentu dalam PAS. "Kami (PasMa) sorak macam mana pun, kami bukan menentukan kalah menang dalam padang bola...tetapi, kalau persembahan pemain tak elok dan seringkali kalah pelawanan, kutipan tiket menurun," respons Pahrolrazi dalam nada seloroh. Difahamkan, dialog bersama PasMa adalah merupakan salah satu ketetapan dalam retreat PAS baru-baru ini. Retreat itu antara lain memutuskan bahawa Setiausaha Agungnya Datuk Mustapa Ali dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden) akan mewakili parti untuk berdialog dengan kepemimpinan utama PasMa. Sumber Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut yang dihubungi pagi tadi bagaimanapun menjelaskan bahawa Mustafa tidak muncul dalam dialog bersama PasMa di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada petang semalam. Salahuddin mengetuai delegasi PAS, ditemani Khairul Faizi Ahmad Kamil (Timbalan Setiausaha Agung) serta Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Manakala, PasMa pula diwakili oleh Phahrolrazi sendiri, diiringi Muhammad Husin (Timbalan), Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha) dan Zulhazmi Shariff (Penasihat Undang-Undang). Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kenyataan berasingan berkata Idris dan Khairul Faizi sepatutnya tidak menyertai dialog tersebut kerana tidak bertepatan dengan ketetapan parti dalam retreat PAS. Malah, katanya, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam beberapa kenyataan turut menghalang ahli parti daripada menyertai sebarang aktiviti PasMa. "Mereka berdua (Idris dan Khairul Faizi) juga berisiko untuk dilihat menentang ketetapan MSU, jika larangan menyertai sebarang aktiviti PasMa itu benar-benar rasmi daripada MSU. "Jika larang itu bersifat peribadi dia (Nik Muhammad Zawawi), maka parti wajar membuat ketetapan terhadap Setiausaha MSU ini juga," ujar Husam kepada wartawan, semalam. Husam turut memuji ketetapan retreat parti PAS yang mahu berdialog dengan PasMa diadakan di peringkat pusat dan negeri, demi mengukuhkan sokongan rakyat terbanyak terhadap parti dan Pakatan Rakyat di PRU14 kelak.

Monday 10 November 2014

PENGERUSI TETAP PAS MEMPERTIKAIKAN MAJLIS SYURA HARAMKAN PASMA

Pengerusi Tetap Pas, Dato Haji Abu Kasim Abdullah mempertikaikan Majlis Syura Ulamak PAS yang bermusuh dengan Pasma, sedangkan Pasma hanya sebuah Ngo sahaja dan berperanan mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh Muktamar PAS. Beliau juga mempersoalkan pimpinan ulamak dalam PAS sekarang yang tidak boleh ditegur. Beliau menyatakan bahawa PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor boleh ditegur dan berlapang dada menerima teguran. Kalau sikap ulamak seperti yang ada sekarang dalam PAS, maka mereka akan keseorangan, jelas beliau.




DAP PERAK MENYOKONG PENUH PERANAN PASMA MENGUKUHKAN PAKATAN RAKYAT


Tuesday 4 November 2014

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS: Khalid Samad



Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.
Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.
LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.
Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.
Kefahaman yang dibawa golongan baru adalah lebih mirip kepada fahaman 'Theocracy Barat' di mana yang bergelar ulama' (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka. Kononnya mereka sebagai 'pewaris Nabi' disebabkan ada ijazah dari Azhar, atau sebagainya, termasuk lulus 4 sanawi lebih layak walaupun jawatan yang diinginkan lebih bersifat eksekutif atau perlaksanaan. Ianya menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sudah lama tidak kedengaran.
Setelah ahli biasa mula keliru berhubung konsep kepimpinan ulama', maka langkah kedua dilaksanakan.
LANGKAH KEDUA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama' atau pembela kepimpinan ulama', golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri dari golongan profesional yang pro-PR. Mereka bergerak melalui saluran tertentu di dalam Parti, melabel pimpinan sasaran mereka ini dengan label kononnya menentang ulama’, tidak wala’ pada Presiden, lebih wala’ pada PR/PKR, liberal, penaja projek langgar Presiden dan sebagainya. Pimpinan sasaran mereka, adalah terdiri dari golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahaluf siyaasi dan kerjasama melalui PR.
Hujjah mereka disebar luas melalui program tertutup dalam mana pemikiran golongan muda diracuni untuk memusuhi pimpinan tertentu ini. Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah supaya pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS.
Pada masa yang sama, hubungan rapat antara profesional dan ulama’ juga dirosakkan dengan dimasukkan jarum syak dikalangan ulama’ terhadap profesional. Segala perbezaan pendapat yang merupakan suatu kebiasaan tempoh hari, ditonjolkan sebagai tindakan biadap terhadap ulama’ dan sebagainya. Mereka akan digambarkan sebagai lebih wala’ pada DSAI dari TGHH sendiri. Sedangkan mereka adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR!
Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.
LANGKAH KETIGA
[7:03PM, 11/3/2014] rajanorhisyam: STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah langkah kedua mula berkesan, golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.
Langkah ketiga adalah menyerang rakan PAS dalam PR. Pada awalnya PKR dan kemudiannya DAP juga. Peribadi Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sehingga tidak dapat dibezakan serangan mereka dengan serangan UMNO/BN terhadap beliau. Ketegangan antara parti PR adalah matlamat mereka dan dengan penuh emosi dan sentiment mereka laungkan “PAS yang terkuat, kita tidak perlukan PR, PAS dikudakan PR, tiada makna bersama PR” dan sebagainya, kesemuanya sama seperti yang dilaungkan macai UMNO.
Keadaan menjadi begitu keliru sehingga seolah-olah kesanggupan menyerang DSAI, PKR dan DAP menjadi bukti kesetiaan dan wala'nya seseorang kepada Presiden dan parti. Yang tidak sanggup menyerang dilihat sebagai kurang jelas fahaman mereka dan yang membela dan mempertahankan akan dilabel tidak wala' atau lebih wala' pada PR dari PAS. Akhirnya PAS dilihat lebih berlawanan dengan PKR dan DAP dari dengan UMNO/BN. Dan UMNO/BN sekadar melihat dan mentertawakan.
Oleh kerana usaha mereka ditumpukan kepada menyerang pimpinan Profesional pro-PR dan juga rakan-rakan dalam PR, golongan baru ini langsung tidak berperanan dalam menyerang UMNO/BN. Malahan sikap mereka terhadap UMNO/BN itu sendiri kelihatan lebih lunak dan mesra berbanding terhadap pimpinan sasaran mereka dan rakan dalam PR. Tidak salah kalau dikatakan bahawa sejak kemunculan golongan baru ini, UMNO/BN merasakan jauh lebih selesa kerana kerja UMNO sedang dilakukan oleh golongan ini!
Berselindung di sebalik slogan ‘cintakan Presiden, cintakan ulama’ dan sebagainya, mereka mengapi-apikan sentimen ahli untuk bersama mereka. Sedangkan yang dibawa mereka bercanggah dengan apa yang telah dan sedang diperjuangkan Presiden dan TGNA selama ini. Mereka membawa isu seperti ‘senario satu’, 'menjentik bukan Islam' dan ‘ketuanan Melayu’ yang kesemuanya begitu asing bagi PAS dan hasil pemikiran otak yang jauh terpesong dan terkeluar dari PAS.
MATLAMAT DI SEBALIK STRATEGI ADU
-DOMBA GOLONGAN BARU
Mereka begitu konsisten dengan usaha melaga-lagakan di antara pimpinan dan juga antara PAS dan PR maka semestinya adanya matlamat tertentu yang ingin dicapai. Melalui strategi yang tersusun sebegini akhirnya kehendak mereka sebenar, iaitu untuk PAS tinggalkan PR, akan tercapai. Tinggalkan PR, samada untuk PAS bersama dengan UMNO atau bersendirian, itu belum jelas lagi. Dan semestinya, sekiranya bersama UMNO adalah apa yang diinginkan, mereka sudah pasti tahu bahawa ianya tidak mudah dilakukan dalam suasana sekarang. Oleh itu ianya akan dinafikan dan dinafikan tetapi hakikatnya serangan terhadap UMNO/BN semakin tidak kelihatan.
Namun yang jelas, yang diinginkan adalah supaya PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, UMNO/BN akan kembali bernafas lega. Igauan UMNO selama ini akan berakhir. Ini adalah kerana yang mampu mengalahkan UMNO/BN setakat ini adalah hanya PR. Oleh itu sesiapa sahaja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu UMNO/BN.
Saya tidak tahu samada golongan baru ini sengaja ingin menggagalkan PR atas sebab mereka disokong UMNO/BN atau mereka berpegang kepada fahaman chauvanis-Islam seperti ISMA atau fahaman dan pendekatan yang seakannya.
INGATAN KEPADA SEMUA AHLI PAS
Saya mengingatkan ahli dan pimpinan supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Siapa mereka sebenar tidak diketahui. Satu ketika dahulu, ahli-ahli PAS diberi amaran supaya awasi golongan ‘musta’jiluun’, iaitu golongan gopoh yang ingin membawa perubahan melalui kekerasan. Ahli diingatkan, mereka mungkin SB yang telah menyusup dalam PAS pada tahun 80an.
Hari ini saya juga ingin memberikan amaran, supaya ahli PAS supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Mereka juga mungkin SB atau diperalat SB. Apa yang saya gambarkan di atas semua dapat lihat bahawa ianya sememangnya sedang berlaku. Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka paling kurang merupakan orang yang mahu merongkai kembali segala yang telah dibina PAS selama ini.
Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian
[7:04PM, 11/3/2014] rajanorhisyam: lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman.
Mungkin tanggapan saya terhadap mereka sebagai SB dan sebagainya tersilap, tetapi yang pasti mereka muka baru dengan sikap dan pendekatan baru. Dan sikap dan pendekatan mereka adalah kontra sikap dan pendekatan yang dibawa pimpinan lama. Sikap dan pendekatan mereka, sepertimana yang dizahirkan melalui ‘senario satu’, ‘jentik bukan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’ lebih mirip kepada Islam-chauvanis yang dibawa ISMA.
JEMPUTAN BERDEBAT/BERFORUM DENGAN GOLONGAN ADU-DOMBA
Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah.
Melalui debat/forum ini akan kita nilai sejauh mana hujjah mereka tepat dan benar atau hanya sekadar ingin membawa kearah perpecahan demi agenda tersirat. Adakah mereka sanggup dan berani? InsyaAllah saya sanggup.
Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saturday 1 November 2014

TAHNIAH KEJAYAAN NEKAD 3.O MEMPERKENALKAN TOKOH-TOKOH PAS


Tahniah kepada penganjur yang berjaya menampilkan tokoh-tokoh yang akan diperkenalkan dalam Muktamar tahun depan. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Naib-naib Presiden yang lain dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti Dr Mujahid, Dr Zulkifli, Dr Hatta, Khalid Samad dll yang merupakan pemimpin PAS yang tidak asing lagi.

JAWATAN USTAZ HADI SEBAGAI PRESIDEN PAS AKAN BERAKHIR TAHUN DEPAN SEMASA MUKTAMAR : PRESIDEN PASMA

Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. 

Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengikut perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS.