Friday 16 January 2015

NAIB PRESIDEN PAS SOKONG PERTEMUAN PASMA DAP

Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub. Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. "Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng. “Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. Salahuddin (kanan), yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru ini. Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau Pinang semalam. Mereka antara lain dikatakan berbincang mengenai isu dan strategi kerjasama masa depan dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang. Sumber mendakwa mereka menyatakan hasrat mahu membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan tetapi Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini menafikannya. PasMa juga dilapor menerima bantuan banjir sebanyak RM1.5 juta daripada Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mangsa banjir Kelantan bagi membantu pemulihan negeri itu.

PIMPINAN UMNO JUGA TAKUTKAN PASMA

Perbincangan Kerjasama Dengan Dap… Persiapan Awal PasMa Tendang Pas Oleh Wan Hafiz Hamzah KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, tindakan PasMa bertemu Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU 14 merupakan langkah awal kumpulan tersebut untuk menonjol sebagai sebuah parti politik ala Pas yang dilihat serupa tetapi tidak sama matlamat dan ideologi politik mereka. Jelas beliau, tindakan PasMa ini sudah dijangka sejak dari awal penubuhan NGO tersebut, biarpun pada awalnya kepimpinan PasMa mendakwa bahawa kewujudan NGO tersebut bukanlah untuk bersaing atau menggantikan Pas. “Kita semua sudah sedia maklum bahawa PasMa ini diwujudkan oleh golongan yang menyokong Anwar yang menolak kepimpinan Presiden Pas sekarang ini. Mana mungkin mereka tidak mempunyai agenda politik sedangkan yang menubuhkan PasMa ini semuanya ahli politik Pas itu sendiri. “Apabila PasMa membuat pertemuan dengan Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama, kerjasama apa lagi yang dimaksudkan kalau tidak kerjasama politik? “Jadi jelas, penubuhan PasMa ini ada agenda politik dan secara tidak langsung akan memecah belahkan serta menenggelamkan parti Pas yang asal yang mendokong kepimpinan ulama,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. IMG_7342-e1416493795684Ujarnya, tindakan PasMa itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kalangan parti politik pembangkang seperti Dap dan PKR. “Secara tidak langsung, usaha ini saya lihat akan dapat melemah dan melumpuhkan gerakan parti Pas yang dilihat tidak mempunyai ideologi politik yang selari dengan Dap dan PKR. “Ini memandangkan Pas hari ini kerapkali tidak menentang arus sehingga menimbulkan perbalahan yang ketara khususnya antara Pas dan Dap dalam pelbagai isu, terutama isu hudud,” ujarnya. Justeru itu, beliau meminta agar penyokong serta ahli-ahli Pas yang terlibat dalam PasMa akan sedar dan membuka mata tentang agenda sebenar NGO tersebut yang sebenarnya lebih bermotifkan kepentingan politik untuk golongan tertentu. “Kalau kita nak berpolitik, politiklah…tak salah. Tetapi apa yang penting, perkara yang menjadi teras dalam kehidupan kita iaitu Islam, mesti terus dipelihara dan dimartabatkan. Jangan kita terpengaruh sehingga bersekongkol dengan puak-puak yang berniat untuk merosakkan agama dan segala teras negara semata-mata hanya kerana kepentingan politik peribadi mereka,” ujarnya.-MediaUMNO Berita Popular Tak Boleh Ganggu Isteri Guan Eng, Ganggu Isteri Najib Tak Apa? Simen Sudah Keras, Kayu Sudah Berkulat… Masih Tak Nampak Rumah Mampu Milik Eric Paulsen Cerminan Ideologi Liberal, Pluralisme Agama Yang Dianuti Pembangkang < Seterusnya Sebelumnya > Berita Bertarikh 14 January 2015 10:59 am

Monday 12 January 2015

PASMA KUNJUNG HURMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG

PasMa bincang kerjasama dengan Guan Eng Susan Loone | 6:24PM Jan 12, 2015 Delegasi 15 orang anggota Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis, mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dalam pertemuan di Komtar, Pulau Pinang pagi ini, mereka dikatakan berbincang berhubung “kerjasama masa depan” dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang. Rombongan itu diketuai oleh Presiden PasMA yang juga bekas exco Kedah Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (kanan). Semasa pentadbiran sepenggal PAS di Kedah sehingga 2013, Phahrolrazi secara terbuka menentang kepimpinan menteri besar ketika itu almarhum Datuk Seri Azizan Razak. Azizan meninggal dunia tidak lama selepas pilihan raya umum pada Mei lalu. “Kami bincangkan beberapa isu dan strategi kerjasama untuk pilihan raya umum ke-14 dengan Lim,” kata sumber kepada Malaysiakini. Sumber juga mendakwa Phahrolrazi, dalam pertemuan itu, berkata pihaknya menimbangkan menjadi sebuah parti politik dan sedia untuk menjadi rakan baru DAP dan PKR. “Kami juga memberi jaminan kepada Lim bahawa kami komited untuk kekal dalam Pakatan Rakyat.” Phahrolrazi bagaimanapun ketika dihubungi menafikan bahawa pihaknya berniat menjadi sebuah parti politik baru dan hanya mahu bekerjasama dengan Pakatan sebagai sebuah NGO. Ketika ditemui, Lim (kiri) mengesahkan menerima kunjungan daripada anggota PasMa daripada Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Beliau yang juga setiausaha agung DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.
Jurang antara kumpulan profesional dan ulama dalam PAS dilihat semakin melebar selepas krisis pelantikan menteri Sumber: Malaysiakini