Monday, 15 June 2015
PASMA USULKAN PAKATAN BARU BAGI MENGHADAPI PRU 14
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) mencadangkan sebuah pakatan baru diwujudkan untuk menggantikan pakatan sediada kerana PAS telah memutuskan hubungan dengan anggota dalam Pakatan Rakyat. Usul yang diterima tanpa bahas dalam Muktamaar PAS baru-baru ini memutuskan perkara tersebut.
Saturday, 2 May 2015
AHLI PAS TERLIBAT DEMONSTRASI BOIKOT PAKATAN RAKYAT DI PERMATANG PAUH PERLU DIPECAT
Tindakan beberapa orang yang mendakwa sebagai ahli Pas yang mengadakan demonstrasi di Permatang Pauh perlu dikenakan tindakan pecat kerana tidak mengikut arahan Pas Pusat dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.
Thursday, 23 April 2015
SUKARELAWAN PASMA BANTU PAKATAN RAKYAT PRK PERMATANG PAUH.
TAKLIMAT SUKARELAWAN PASMA DAN PC OLEH PRESIDEN PASMA PADA 25.4.2015 DI PERMATANG PAUH.
Ahli dan seluruh sukarelawan PASMA yang hadir hari penamaan Calon PRK Permatang Pauh dijemput hadir majlis berkenaan yang akan diadakan pada 25.4.2015 jam 12.30 tengahari di Markas Sukarelawan PASMA Permatang Pauh bertempat di No 5B, Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Presiden PASMA Dato' Ir Phahrolrazi akan memberikan taklimat semasa dan PC bagi menjawab isu hudud yang dibawa oleh PAS Permatang Pauh yang mengharamkan pengundi Islam mengundi calon Pakatan Rakyat. PASMA akan membantu calon Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK Permatang pauh.
Saturday, 28 March 2015
HUSAM PALING LAYAK GANTI HADI - DEKAN PENGAJIAN ANTARABANGSA UUM
Husam paling layak ganti Hadi
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2015
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.
“Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.
“Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.
Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.
Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.
“Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.
“Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.
Azizuddin berkata, Husam adalah calon yang paling menonjol sekali dan akan mendapat sokongan peringkat akar umbi parti tersebut.
Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan, Hadi Awang sedia dicabar untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-61 yang akan berlangsung Jun ini.
Katanya, mana-mana individu yang mempunyai cukup pencalonan berhak untuk berbuat demikian selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik dalam Muktamar Tahunan Pas pada setiap dua tahun.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.
“Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.
“Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.
Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.
Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.
“Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.
“Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.
Azizuddin berkata, Husam adalah calon yang paling menonjol sekali dan akan mendapat sokongan peringkat akar umbi parti tersebut.
Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan, Hadi Awang sedia dicabar untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-61 yang akan berlangsung Jun ini.
Katanya, mana-mana individu yang mempunyai cukup pencalonan berhak untuk berbuat demikian selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik dalam Muktamar Tahunan Pas pada setiap dua tahun.
Thursday, 26 March 2015
UMNO CUBA PECAHKAN PAKATAN RAKYAT
UMNO menggunakan Majlis Syura Ulamak PAS yang sekarang ini diketuai oleh Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am yang baru menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Haron Din yang mahu TG Haji Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS tidak sepatutnya dilakukan. Jawatan Presiden PAS bukan hak mutlak MSU atau mana-mana pihak. Mengikut perlembagaan PAS, perwakilan berhak memilih sesiapa sahaja di kalangan ahli PAS untuk menjadi Presiden bukannya diarahkan oleh MSU.
Friday, 13 March 2015
PANDANGAN ULAMAK TENTANG KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM.
Berkerjasama dengan orang
bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia
(kesejahteraan hidup duniawi, keadilan, membenteras kezaliman, penyelewengan,
rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya) tanpa
melanggar mana-mana hukum-hakam Syariat, hukumnya adalah harus. Di dalam
al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat untuk
sekelian alam. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan
sebagai rahmat bagi seluruh alam" (al-Anbiyak, ayat 107). Terdapat juga di
dalam al-Quran ayat yang menegaskan tidak dilarang orang Islam untuk berbuat
baik dan berlaku adil kepada orang-orang bukan Islam yang baik yang tidak
memusuhi kaum muslimin sekalipun pada zahirnya sahaja. "Allah tidak
menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan
Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari
tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil" (Surah
al-Mumtahanah, ayat 8).
Dari segi praktik pula, Nabi Muhammad -sallalalhu 'alaihi wasallam- telah mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah/Piagam Madinah) yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah. Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya Nabi tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh Nabi, itu kerana mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda. Jika mereka terus setia dengan Nabi, nescaya mereka akan terus hidup aman damai di Madinah sebagai Ahlul-Zimmah.
Rasulullah pernah memberitahu para sahabatnya bahawa beliau pernah menyaksikan persepakatan yang dibuat oleh beberapa pemimpin-pemimpin Quraish di Mekah sebelum baginda dilantik menjadi Rasul (iaitu persepakatan yang dipanggil Halful-Fudhul. Ketika itu usia Nabi 25 tahun). Persepakatan itu mereka meterai bersama untuk mempertahankan sesiapa yang dizalimi di Mekah atau dirampas haknya. Nabi berkata; "Jika aku diajak untuk turut sama menyertai persepakatan serupa, nescaya aku akan menyertainya. Ia lebih aku suka dari unta merah" (al-Ahkam al-Sultaniyah, Imam al-Mawardi). Perhatikan, bagaimana Rasulullah berhasrat menyertai persepakatan yang baginda sendiri tahu bahawa mereka yang terlibat semuanya bukan Islam. Namun oleh kerana isi persepakatan itu sama dengan apa yang dituntut oleh Islam iaitulah keadilan untuk manusia, maka baginda menyokongnya.
Dari segi praktik pula, Nabi Muhammad -sallalalhu 'alaihi wasallam- telah mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah/Piagam Madinah) yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah. Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya Nabi tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh Nabi, itu kerana mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda. Jika mereka terus setia dengan Nabi, nescaya mereka akan terus hidup aman damai di Madinah sebagai Ahlul-Zimmah.
Rasulullah pernah memberitahu para sahabatnya bahawa beliau pernah menyaksikan persepakatan yang dibuat oleh beberapa pemimpin-pemimpin Quraish di Mekah sebelum baginda dilantik menjadi Rasul (iaitu persepakatan yang dipanggil Halful-Fudhul. Ketika itu usia Nabi 25 tahun). Persepakatan itu mereka meterai bersama untuk mempertahankan sesiapa yang dizalimi di Mekah atau dirampas haknya. Nabi berkata; "Jika aku diajak untuk turut sama menyertai persepakatan serupa, nescaya aku akan menyertainya. Ia lebih aku suka dari unta merah" (al-Ahkam al-Sultaniyah, Imam al-Mawardi). Perhatikan, bagaimana Rasulullah berhasrat menyertai persepakatan yang baginda sendiri tahu bahawa mereka yang terlibat semuanya bukan Islam. Namun oleh kerana isi persepakatan itu sama dengan apa yang dituntut oleh Islam iaitulah keadilan untuk manusia, maka baginda menyokongnya.
Tuesday, 3 March 2015
PASMA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PAKATAN RAKYAT.
Majlis Makan Malam PASMA yang diadakan pada 27hh Februari 2015 bertempat di Dewan Sivic, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor telah dihadiri oleh ahli PASMA seluruh negara serta pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Di antara tokoh yang hadir ialah Dato' Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Pilihanraya PKR dan YB Teresa Kok daripada DAP. Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said juga hadir dan turut mendeklamasikan sajak belaiu dalam majlis berkenaan.
Seramai 400 orang menjayakan Majlis Makan Malam PASMA. Dato' Phahrolrazi Zawawi semasa berucap dalam majlis berkenaan menegaskan bahawa PASMA adalah sebuah NGO yang bertujuan mengukuhkan Pakatan Rakyat. PASMA akan membantu Pakatan Rakyat mencapai kejayaan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh peserta yang hadir dan memberikan sokongan kepada PASMA.
PASMA BANTU PAKATAN RAKYAT DALAM PILIHANRAYA KECIL
PASMA BANTU PAKATAN RAKYAT.
Pasma akan membantu calon calon yang bertanding atas nama Pakatan Rakyat.Presiden Pasma menjelaskan bahawa Pasma bukanlah parti politik yang mahu berebut kerusi sebaliknya sebagai sebuah ngo untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.Sebarang spekulasi yang cuba melagakan antara Pasma dan Pas dalam Pilihanraya Kecil adalah tidak benar sama sekali. Presiden Pasma menjelaskan demikian semasa menyampaikan ceramahnya di Majlis Makan Malam anjuran Parti Keadilan yang turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Datin Seri Wan Azizah.
Friday, 16 January 2015
NAIB PRESIDEN PAS SOKONG PERTEMUAN PASMA DAP
Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.
Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Salahuddin (kanan), yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru ini.
Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau Pinang semalam.
Mereka antara lain dikatakan berbincang mengenai isu dan strategi kerjasama masa depan dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.
Sumber mendakwa mereka menyatakan hasrat mahu membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan tetapi Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini menafikannya.
PasMa juga dilapor menerima bantuan banjir sebanyak RM1.5 juta daripada Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mangsa banjir Kelantan bagi membantu pemulihan negeri itu.
PIMPINAN UMNO JUGA TAKUTKAN PASMA
Perbincangan Kerjasama Dengan Dap… Persiapan Awal PasMa Tendang Pas
Oleh Wan Hafiz Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, tindakan PasMa bertemu Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU 14 merupakan langkah awal kumpulan tersebut untuk menonjol sebagai sebuah parti politik ala Pas yang dilihat serupa tetapi tidak sama matlamat dan ideologi politik mereka.
Jelas beliau, tindakan PasMa ini sudah dijangka sejak dari awal penubuhan NGO tersebut, biarpun pada awalnya kepimpinan PasMa mendakwa bahawa kewujudan NGO tersebut bukanlah untuk bersaing atau menggantikan Pas.
“Kita semua sudah sedia maklum bahawa PasMa ini diwujudkan oleh golongan yang menyokong Anwar yang menolak kepimpinan Presiden Pas sekarang ini. Mana mungkin mereka tidak mempunyai agenda politik sedangkan yang menubuhkan PasMa ini semuanya ahli politik Pas itu sendiri.
“Apabila PasMa membuat pertemuan dengan Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama, kerjasama apa lagi yang dimaksudkan kalau tidak kerjasama politik?
“Jadi jelas, penubuhan PasMa ini ada agenda politik dan secara tidak langsung akan memecah belahkan serta menenggelamkan parti Pas yang asal yang mendokong kepimpinan ulama,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
IMG_7342-e1416493795684Ujarnya, tindakan PasMa itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kalangan parti politik pembangkang seperti Dap dan PKR.
“Secara tidak langsung, usaha ini saya lihat akan dapat melemah dan melumpuhkan gerakan parti Pas yang dilihat tidak mempunyai ideologi politik yang selari dengan Dap dan PKR.
“Ini memandangkan Pas hari ini kerapkali tidak menentang arus sehingga menimbulkan perbalahan yang ketara khususnya antara Pas dan Dap dalam pelbagai isu, terutama isu hudud,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar penyokong serta ahli-ahli Pas yang terlibat dalam PasMa akan sedar dan membuka mata tentang agenda sebenar NGO tersebut yang sebenarnya lebih bermotifkan kepentingan politik untuk golongan tertentu.
“Kalau kita nak berpolitik, politiklah…tak salah. Tetapi apa yang penting, perkara yang menjadi teras dalam kehidupan kita iaitu Islam, mesti terus dipelihara dan dimartabatkan. Jangan kita terpengaruh sehingga bersekongkol dengan puak-puak yang berniat untuk merosakkan agama dan segala teras negara semata-mata hanya kerana kepentingan politik peribadi mereka,” ujarnya.-MediaUMNO
Berita Popular
Tak Boleh Ganggu Isteri Guan Eng, Ganggu Isteri Najib Tak Apa?
Simen Sudah Keras, Kayu Sudah Berkulat… Masih Tak Nampak Rumah Mampu Milik
Eric Paulsen Cerminan Ideologi Liberal, Pluralisme Agama Yang Dianuti Pembangkang
< Seterusnya Sebelumnya >
Berita Bertarikh 14 January 2015 10:59 am
Monday, 12 January 2015
PASMA KUNJUNG HURMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG
PasMa bincang kerjasama dengan Guan Eng
Susan Loone | 6:24PM Jan 12, 2015
Delegasi 15 orang anggota Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis, mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam pertemuan di Komtar, Pulau Pinang pagi ini, mereka dikatakan berbincang berhubung “kerjasama masa depan” dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Rombongan itu diketuai oleh Presiden PasMA yang juga bekas exco Kedah Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (kanan).
Semasa pentadbiran sepenggal PAS di Kedah sehingga 2013, Phahrolrazi secara terbuka menentang kepimpinan menteri besar ketika itu almarhum Datuk Seri Azizan Razak.
Azizan meninggal dunia tidak lama selepas pilihan raya umum pada Mei lalu.
“Kami bincangkan beberapa isu dan strategi kerjasama untuk pilihan raya umum ke-14 dengan Lim,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sumber juga mendakwa Phahrolrazi, dalam pertemuan itu, berkata pihaknya menimbangkan menjadi sebuah parti politik dan sedia untuk menjadi rakan baru DAP dan PKR.
“Kami juga memberi jaminan kepada Lim bahawa kami komited untuk kekal dalam Pakatan Rakyat.”
Phahrolrazi bagaimanapun ketika dihubungi menafikan bahawa pihaknya berniat menjadi sebuah parti politik baru dan hanya mahu bekerjasama dengan Pakatan sebagai sebuah NGO.
Ketika ditemui, Lim (kiri) mengesahkan menerima kunjungan daripada anggota PasMa daripada Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.
Jurang antara kumpulan profesional dan ulama dalam PAS dilihat semakin melebar selepas krisis pelantikan menteri
Sumber: Malaysiakini
Tuesday, 23 December 2014
PASMA MEMBANTAH SEBARANG TINDAKAN KE ATAS PROFESOR DR YUSOF AL-QARDAWI.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang dilakukan ke atas Ketua Umalak Dunia, Profesor Dr Yusof Al-Qardawi. mengapakah tindakan tidak diambil ke atas regim Al-Sisi yang jelas melakukan pembunuhan ke atas rakyat Mesir dan menggulingkan sebuah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat melalui saluran demokrasi. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu mereka memang berniat jahat ke atas kebangkitan Islam. Mereka yang menyeru demokrasi sebaliknya merobohkan sistem demokrasi di Mesir.
Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi
Presiden PASMA
Monday, 22 December 2014
PROFESOR YUSOF AL QARDAWI PEJUANG ISLAM SEBENAR.
Profesor Dr Yusof Qardawi adalah merupakan seorang ulamak yang berani menyatakan yang benar walaupun beliau terpaksa menghadapi risiko yang benar. Demi menyatakan kebenaran terhadap penguasa zalim seperti Jeneral Al-Sisi yang menggulingkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Umat Islam seluruh dunia yang cintakan kebenaran dan cintakan ulamak yang tidak hipokrit terhadap pemerintah zalim patut menyatakan sokongan padu kepada beliau.
Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).
Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.
Beliau dimusuhi oleh rejim tentera Mesir di bawah Al-Sisi apabila beliau membela Al-Ikhwan Al Muslimin seperti mana yang dinyatakan oleh beliau dalam bukunya :
"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa ake memperoleh manfaat agama yang begitu besat dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakhwah ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oelh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan..."
Beliau adalah seorang ulamak sejati yang sanggup berkata benar walaupun pedih akibatnya. Beliau tidak bersekongkol dan berkompromi dengan pemerintah zalim dan rasuah.
Saturday, 20 December 2014
PENDAFTARAN SUKARELAWAN PASMA DIBUKA
PASMA KELANTAN membuka pendaftaran kepada seluruh sukarelawan daripada Kelantan dan luar Kelantan untuk menggembelingkan tenaga bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan. Menurut Pengarah Pusat Bantuan Banjir PASMA, Che Nordin Che Husin, bantuan daripada orang ramai sangat penting kerana masih ramai yang memerlukan bantuan.
Bantuan berupa makanan dan pakaian serta keperluan lain boleh dihantar terus kepada Bilek Gerakan Banjir PASMA yang terletak di Surayya Inn, Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan. Di atas sumbangan yang dihulurkan, pihak PASMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
BILEK GERAKAN BANJIR PASMA KELANTAN BERJALAN LANCAR.
PASMA KELANTAN menubuhkan Bilek Gerakan Bantuan Banjir dan mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi mendapatkan bekalan bahan makanan, pakaian dan keperluan. Pihak Bomba dan Penyelamat bekerjasama rapat dengan PASMA bagi mengedarkan bantuan yang diperlukan.
Timbalan Presiden PASMA dan juga Pengerusi PASMA Kelantan, Ustaz Muhammad Husin memberikan taklimat kepada sukarelawan PASMA pada hari Jumaat lepas bertempat di Bilek Gerakan Banjir. Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ustaz Aziz Abbas yang merupakan Pengerusi PASMA Negeri Terengganu. Selepas itu, Ustaz Muhammad Husin bersama petugas dan sukarelawan PASMA membuat tinjauan dan memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang. Turut serta ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Kerjasama antara beliau dengan PASMA sangat membanggakan.
Adalah diharapkan kerjasama yang sedemikian akan berterusan demi memberikan kebajikan kepada rakyat yang berada dalam kesusahan. PASMA Kelantan akan mempergiatkan lagi agihan sumbangan kepada penduduk yang menghadapi kesulitan akibat banjir yang melanda. Harapan PASMA agar bantuan daripada orang ramai akan terus diberikan bagi mempastikan bekalan yang mencukupi.
Thursday, 18 December 2014
TABUNG BANTUAN BENCANA BANJIR PASMA DITUBUHKAN
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Banjir PASMA bagi membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di Negeri Kelantan dan Terengganu yang menghadapi banjir. PASMA memohon sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada operasi bantuan yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh Ustaz Che Nordin Che Husin, manakala Pengarah Operasi pula ialah Ustaz Che Ibrahim Mohamad. Pusat Operasi Bantuan Banjir PASMA Kelantan ialah di Surayya Inn, Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan. Nombor telepon operasi ialah 013-9840899. Sumbangan orang ramai hendaklah disalurkan melalui akaun Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad no 02039010075853.
Wednesday, 17 December 2014
PANDANGAN ILMUAN ISLAM TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD
Tidak ada Muslim yang menolak hukum hudud
Saya percaya tidak ada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia yang faham, menolak Hukum Hudud kerana semua maklum ianya adalah perintah dan hukum Allah yang termaktub dalam al Quran.
Prof Madya Dr Asri berkata : Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah tiada lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya ‘An International Call for Moratorium on Corporal Punishment’ pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarqmeminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.
Tiga Golongan
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
Tujuan Kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalahmechanism dalam mengatasi jenayah tertentu. Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.
Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut”
Wednesday, 26 November 2014
KENYATAAN TUAN IBRAHIM, NAIB PRESIDEN PAS PATUT DIPUJI
PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden
Published: 27 November 2014
Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.
Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.
Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.
"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.
Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.
"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.
Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.
"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.
Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.
Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.
Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.
Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.
"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."
Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.
"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.
Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.
"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.
"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.
"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. – 27 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-pernah-rugi-dengan-tahaluf-siyasi-kata-naib-presiden#sthash.oxRrwKmX.dpuf
PASMA PERTAHANKAN PAKATAN RAKYAT
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan muzakarah lanjut dengan Majlis Syura Ulamak PAS pula kelak, susulan dialog tertutup dengan beberapa pemimpin parti masa depan itu semalam.
"Perbincangkan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PasMa dan jawatankuasa wakil PAS ini akan membawa balik semua penjelasan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum mereka membuat pendirian rasmi mengenai kewujudan PasMa ini.
"Perbincangan itu amat positif kerana PasMa diberi peluang untuk menjernihkan segala salah faham yang ditimbulkan oleh pemimpin tertentu parti sebelum ini.
"Yang penting, kita telahpun menjelaskan mengenai peranan PasMa yang tidak mungkin menjadi pesaing pada mana-mana parti politik kerana kita (PasMa) NGO.
"Pertemuan itu sekaligus semacam PasMa ini mendapat pengiktirafan daripada PAS dan kita berharap akan ada muzakarah susulan dengan Majlis Syura Ulama (MSU) pula selepas ini, jika mereka bersedia untuk bertemu dengan kita," ujar ujar Pahrolrazi dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Phahrolrazi yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kedah semasa era Pakatan Rakyat lalu berkata, perbincangan tersebut antaranya berkisar mengenai PasMa yang dikatakan menggerakkan usaha menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden PAS pada saingan Muktamar akan datang, pada Jun 2015.
Katanya lagi, kepemimpinan PasMa turut diminta memberi penjelasan mengenai beberapa kenyataannya yang dilihat jelas menentang ketetepan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, iaitu institusi paling berpengaruh selepas mesyuarat agung parti.
"Tindakan bergaduh dengan penonton macam PasMa ini tidak cerdik sebenarnya kerana sorakan PasMa ini memang untuk kekalkan sokongan pada pasukan Pakatan Rakyat walaupun ada sedikit kritikan daripada penyokong PasMa kepada individu tertentu dalam PAS.
"Kami (PasMa) sorak macam mana pun, kami bukan menentukan kalah menang dalam padang bola...tetapi, kalau persembahan pemain tak elok dan seringkali kalah pelawanan, kutipan tiket menurun," respons Pahrolrazi dalam nada seloroh.
Difahamkan, dialog bersama PasMa adalah merupakan salah satu ketetapan dalam retreat PAS baru-baru ini.
Retreat itu antara lain memutuskan bahawa Setiausaha Agungnya Datuk Mustapa Ali dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden) akan mewakili parti untuk berdialog dengan kepemimpinan utama PasMa.
Sumber Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut yang dihubungi pagi tadi bagaimanapun menjelaskan bahawa Mustafa tidak muncul dalam dialog bersama PasMa di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada petang semalam.
Salahuddin mengetuai delegasi PAS, ditemani Khairul Faizi Ahmad Kamil (Timbalan Setiausaha Agung) serta Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).
Manakala, PasMa pula diwakili oleh Phahrolrazi sendiri, diiringi Muhammad Husin (Timbalan), Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha) dan Zulhazmi Shariff (Penasihat Undang-Undang).
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kenyataan berasingan berkata Idris dan Khairul Faizi sepatutnya tidak menyertai dialog tersebut kerana tidak bertepatan dengan ketetapan parti dalam retreat PAS.
Malah, katanya, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam beberapa kenyataan turut menghalang ahli parti daripada menyertai sebarang aktiviti PasMa.
"Mereka berdua (Idris dan Khairul Faizi) juga berisiko untuk dilihat menentang ketetapan MSU, jika larangan menyertai sebarang aktiviti PasMa itu benar-benar rasmi daripada MSU.
"Jika larang itu bersifat peribadi dia (Nik Muhammad Zawawi), maka parti wajar membuat ketetapan terhadap Setiausaha MSU ini juga," ujar Husam kepada wartawan, semalam.
Husam turut memuji ketetapan retreat parti PAS yang mahu berdialog dengan PasMa diadakan di peringkat pusat dan negeri, demi mengukuhkan sokongan rakyat terbanyak terhadap parti dan Pakatan Rakyat di PRU14 kelak.
Monday, 10 November 2014
PENGERUSI TETAP PAS MEMPERTIKAIKAN MAJLIS SYURA HARAMKAN PASMA
Pengerusi Tetap Pas, Dato Haji Abu Kasim Abdullah mempertikaikan Majlis Syura Ulamak PAS yang bermusuh dengan Pasma, sedangkan Pasma hanya sebuah Ngo sahaja dan berperanan mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh Muktamar PAS. Beliau juga mempersoalkan pimpinan ulamak dalam PAS sekarang yang tidak boleh ditegur. Beliau menyatakan bahawa PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor boleh ditegur dan berlapang dada menerima teguran. Kalau sikap ulamak seperti yang ada sekarang dalam PAS, maka mereka akan keseorangan, jelas beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpeg)
.jpg)




.jpg)







.jpg)



