Friday, 31 October 2014

USTAZ HAJI ABDUL HADI AWANG BUKAN PRESIDEN SEUMUR HIDUP

Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. 
Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS. 
Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. 

Beliau sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.Beliau telah bertemu Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. Menurut beliau, buku yang bertajuk “ KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH”, yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke Kedah. 
Turut hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain ( Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA). 

Pada malam ini 11 hb Oktober, majlis pelancaran PASMA Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Pearl View, Seberang Jaya, Pulau, Pinang. Pada pendengar juga boleh mengikuti siaran langsung melalui WADAH.FM yang boleh diakses melalui TUNEIN RADIO komputer dan handphone.

Thursday, 30 October 2014

UMNO ONLINE : SOKONG PRESIDEN PAS DAN MSU

Anwarinas Makin Kuat Dengan Jenama Baharu, PasMa…

Manusia mempunyai satu tabiat yang sama dan sukar untuk dikikis. Makin dilarang, makin menjadi atau makin dibuat. Sepertimana, makin disembunyikan maka semakin kuat perasaan ingin tahu di atas sesuatu perkara.
pasmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Apa yang terjadi kepada kepimpinan Pas sekarang? Semakin kuat arahan diberikan agar ahli Pas jangan sertai Pasma, semakin hebat pula tentangan terhadap amaran yang diberikan.
Terbaru, berita yang diterima, PasMa mula menyerang Terengganu, tempat atau kubu kuat Presiden Pas, Hadi Awang. Boleh dikatakan setiap daerah di Terengganu sudah wujudnya cawangan PasMa beserta dengan peerlantikan ketuanya sekali dan bukan itu sahaja, PasMa juga membuat perancangan untuk mewujudkan pejabat-pejabat pentadbiran beserta kakitangan tetap di setiap tempat yang mereka adakan cawangan-cawangan tersebut.
Kumpulan ini menggunakan alasan bahawa wujudnya percanggahan antara Setiausaha Agong Pas, Mustapa Ali dengan Majlis Syura Ulamak Pas. Menurut mereka, Mustapa Ali dalam kenyataan terdahulunya menegaskan tidak salah menyertai PasMa kerana ianya merupakan satu badan Ngo tetapi Majlis Syura Ulamak pula berpandangan yang berbeza dengan Setiausaha Agong Pas itu.
Menurut Presiden PasMa, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas dalam menangani percanggahan “arahan” tersebut dan beliau dengan yakin menyatakan hanya Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS yang berhak mentafsirkan perlembagaan Pas dan bukannya Majlis Syura Ulama.
Bukan setakat PasMa menyerang Terengganu sahaja. Di Kedah juga sudah bermula gerakan penubuhan cawangan dan perlantikan pemimpin daerah. Menurut Presiden PasMa, Phahrolrazi, PasMa juga sudah pun menyusun gerakan untuk menubuhkankan cawangannya di Pahang dan Ipoh dengan menegaskan bahawa kedua-dua program penubuhan di negeri-negeri tersebut bakal dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pas sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefley Ahmad.
Beliau juga turut mendedahkan nama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.
Sudah ada cakap-cakap dalam ‘kem’ Hadi Awang bahawa PasMa ini mungkin merupakan kumpulan Anwarinas yang hanya menggunakan nama baharu, PasMa agar nampak lebih rasmi kewujudannya sebagai golongan pendokong kuat penyokong parti Pas di atas nama perjuangan Ngo.
Bagi mereka, langkah pertama adalah menukar nama Anwarnis kepada PasMa adalah strategi golongan yang pro Anwar untuk mengambil alih kepimpinan utama Pas dimasa yang terdekat. Langkah akhir kiranya usaha dari dalam tidak berjaya maka PasMa berkemungkinan akan muncul sebagai parti politik dan bakal menjadi ‘komponen baru’ pakatan rakyat.
Hadi Awang dan golongan ulama Pas mungkin sudah menyedari hal ini dan apa yang dilihat oleh ahli Pas dan penyokong mereka, Hadi Awang kini terpaksa berhempas pulas menarik kembali sokongan ahli dengan mula bernada lembut selepas dilihat ketegasan dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor, Hadi Awang gagal mengawal anak buah sendiri dan tercalar imejnya sebagai Presiden Parti. Buktinya, Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur, Hadi Awang terpaksa akur dengan pemilihan calon yang datangnya dari orang kuat PasMa Kelantan.
Hadi Awang terus ‘dihukum’ oleh pemimpin Pas di barisan utama bila beliau dilihat tidak ditemani oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu dan juga Naib-Naib Presiden Parti yang lain pada hari perbicaraan ke atas Hadi Awang dalam kes memfitnah calon Pkr. Mat Sabu mampu mengikuti ceramah Anwar di mana sahaja atas nama pembelaan untuk Anwar, kenapa tidak sanggup muncul memberi sokongan moral kepada Presidennya sendiri?
Tambah perit bila Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berpendirian bahawa setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ahli mahu sertai PasMa.
Kalau dulu apa sahaja yang keluar dari mulut Hadi Awang, “itulah suara fatwa, itulah suara amanat” namun kini semuanya sudah basi. Fatwa “besi” Hadi Awang lebih dipercayai dan diikuti oleh penyokong Pas dari amaran keras Hadi Awang melarang mereka sertai PasMa.
“Besi’ untuk Anwar, basi untuk Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama.
Riana Abd Aziz

Artikel ini diambil daripada umnoonline

PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.
The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.
Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-semakin-berkembang-dalam-pas-walau-diharamkan-majlis-syura#sthash.sfeG1y90.dpufPasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura
Published: 30 October 2014
Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.
The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.
Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.
"Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.
"Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.
Phahrolrazi (gambar, kanan) berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.
"Namun, Majlis Syura sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.

Fitnah2 : Mengapa peguam luar ketuai pendakwaan? »

(Oleh: Nadia Hanafi) KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat…
Oct 30 2014 / / Read More »

Anwar yakin hujah peguam buktikan beliau tidak bersalah

peguam PUTRAJAYA 30 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin hujah yang dikemukakan pasukan peguamnya sepanjang tiga hari perbicaraan…

Oct 30 2014 / / Read More »

KENALI SPESIS PASMA : MSO

 Abdul Hadi perlu kenal species PasMa


MENGIRINGI MENTARI                                                                                 

Kata presiden Pas Abdul Hadi Awang beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Dan beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada species apa. Menggunakan perkataan species itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alergik kepada kewujudan PasMa.

Phahrolrazi Mohd Zawawi
Abdul Hadi Awang
Saya rasa tidak berapa payah sangat untuk presiden parti agama itu mengenali apakah species PasMa itu dan apakah matlamat penubuhannya. Kalau tidak menjadi kesalahan saya hendak jelas jenis species PasMa itu dan juga tujuan penubuhannya seperti mana saya memahaminya dan difahamkan.

Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada species Pas. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.

http://msomelayu.blogspot.com/2014/10/abdul-hadi-perlu-kenal-species-pasma.html


Tuesday, 28 October 2014

DAILOG PASMA PERAK DAN KUBANG PASU

DAILOG PASMA PERAK

DAILOG PASMA PERAK AKAN DIADAKAN DI IPOH PADA 7HB NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH JAM 9.00 MALAM. TUAN/PUAN YANG BERMINAT MENYERTAI PASMA DIJEMPUT HADIR. TERIMA KASIH. PRESIDEN PASMA DAN BEBERAPA TOKOH AKAN HADIR.

DAILOG PASMA KUBANG PASU, KEDAH.

DAILOG PASMA KUBANG PASU, KEDAH AKAN DIADAKAN DI DARULAMAN HOTEL, BANDAR DARUL AMAN PADA 2HB NOVEMBER 2014 JAM 9.00 MALAM. PANEL TERDIRI DARIPADA PRESIDEN PASMA DAN USTAZ ZOLKARNAIN ABIDIN AL-HAFIZ (BEKAS ADUN PERLIS, TPJ PAS PERLIS). TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR PERNJELASAN DARIPADA PASMA.

PEJABAT AGONG PASMA.

Untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia melalui online sila layari www.pasma-malaysia.com