Thursday 30 October 2014

UMNO ONLINE : SOKONG PRESIDEN PAS DAN MSU

Anwarinas Makin Kuat Dengan Jenama Baharu, PasMa…

Manusia mempunyai satu tabiat yang sama dan sukar untuk dikikis. Makin dilarang, makin menjadi atau makin dibuat. Sepertimana, makin disembunyikan maka semakin kuat perasaan ingin tahu di atas sesuatu perkara.
pasmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Apa yang terjadi kepada kepimpinan Pas sekarang? Semakin kuat arahan diberikan agar ahli Pas jangan sertai Pasma, semakin hebat pula tentangan terhadap amaran yang diberikan.
Terbaru, berita yang diterima, PasMa mula menyerang Terengganu, tempat atau kubu kuat Presiden Pas, Hadi Awang. Boleh dikatakan setiap daerah di Terengganu sudah wujudnya cawangan PasMa beserta dengan peerlantikan ketuanya sekali dan bukan itu sahaja, PasMa juga membuat perancangan untuk mewujudkan pejabat-pejabat pentadbiran beserta kakitangan tetap di setiap tempat yang mereka adakan cawangan-cawangan tersebut.
Kumpulan ini menggunakan alasan bahawa wujudnya percanggahan antara Setiausaha Agong Pas, Mustapa Ali dengan Majlis Syura Ulamak Pas. Menurut mereka, Mustapa Ali dalam kenyataan terdahulunya menegaskan tidak salah menyertai PasMa kerana ianya merupakan satu badan Ngo tetapi Majlis Syura Ulamak pula berpandangan yang berbeza dengan Setiausaha Agong Pas itu.
Menurut Presiden PasMa, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas dalam menangani percanggahan “arahan” tersebut dan beliau dengan yakin menyatakan hanya Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS yang berhak mentafsirkan perlembagaan Pas dan bukannya Majlis Syura Ulama.
Bukan setakat PasMa menyerang Terengganu sahaja. Di Kedah juga sudah bermula gerakan penubuhan cawangan dan perlantikan pemimpin daerah. Menurut Presiden PasMa, Phahrolrazi, PasMa juga sudah pun menyusun gerakan untuk menubuhkankan cawangannya di Pahang dan Ipoh dengan menegaskan bahawa kedua-dua program penubuhan di negeri-negeri tersebut bakal dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pas sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefley Ahmad.
Beliau juga turut mendedahkan nama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.
Sudah ada cakap-cakap dalam ‘kem’ Hadi Awang bahawa PasMa ini mungkin merupakan kumpulan Anwarinas yang hanya menggunakan nama baharu, PasMa agar nampak lebih rasmi kewujudannya sebagai golongan pendokong kuat penyokong parti Pas di atas nama perjuangan Ngo.
Bagi mereka, langkah pertama adalah menukar nama Anwarnis kepada PasMa adalah strategi golongan yang pro Anwar untuk mengambil alih kepimpinan utama Pas dimasa yang terdekat. Langkah akhir kiranya usaha dari dalam tidak berjaya maka PasMa berkemungkinan akan muncul sebagai parti politik dan bakal menjadi ‘komponen baru’ pakatan rakyat.
Hadi Awang dan golongan ulama Pas mungkin sudah menyedari hal ini dan apa yang dilihat oleh ahli Pas dan penyokong mereka, Hadi Awang kini terpaksa berhempas pulas menarik kembali sokongan ahli dengan mula bernada lembut selepas dilihat ketegasan dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor, Hadi Awang gagal mengawal anak buah sendiri dan tercalar imejnya sebagai Presiden Parti. Buktinya, Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur, Hadi Awang terpaksa akur dengan pemilihan calon yang datangnya dari orang kuat PasMa Kelantan.
Hadi Awang terus ‘dihukum’ oleh pemimpin Pas di barisan utama bila beliau dilihat tidak ditemani oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu dan juga Naib-Naib Presiden Parti yang lain pada hari perbicaraan ke atas Hadi Awang dalam kes memfitnah calon Pkr. Mat Sabu mampu mengikuti ceramah Anwar di mana sahaja atas nama pembelaan untuk Anwar, kenapa tidak sanggup muncul memberi sokongan moral kepada Presidennya sendiri?
Tambah perit bila Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berpendirian bahawa setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ahli mahu sertai PasMa.
Kalau dulu apa sahaja yang keluar dari mulut Hadi Awang, “itulah suara fatwa, itulah suara amanat” namun kini semuanya sudah basi. Fatwa “besi” Hadi Awang lebih dipercayai dan diikuti oleh penyokong Pas dari amaran keras Hadi Awang melarang mereka sertai PasMa.
“Besi’ untuk Anwar, basi untuk Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama.
Riana Abd Aziz

Artikel ini diambil daripada umnoonline

No comments:

Post a Comment