Sunday 12 October 2014

UMNO PARTI PENIPU, JANGAN DIPERCAYAI : DATO' WAN RAHIM

UMNO ADALAH PARTI PENIPU, JANGAN DIPERCAYAI  : DATO WAN RAHIM WAN ABDULLAH




Datok Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat menegaskan bahawa PAS akan ketinggalan 30 tahun jika meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau menjelaskan demikian semasa menghadiri dialog anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA)  yang diadakan di Pearl View Hotel, Perai, Pulau Pinang semalam. Isu ini berbangkit apabila ada usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengkaji semula kedudukan PAS dalam  pakatan rakyat dengan menimbulkan berbagai isu semasa krisis MB Selangor baru-baru ini. Beliau mengingatkan pemimpin PAS bahawa UMNO adalah parti penipu dan tidak boleh dipercayai sama sekali. UMNO akan menggunakan tektik pecah dan perintah demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. PAS tidak mampu bersendirian dalam menghadapi UMNO dan Barisan Nasional jelas beliau lagi.
Beliau mengingatkan kembali peristiwa PAS menyertai Barisan Nasional dan akhirnya ditendang. PAS hanya mampu memenangi 2 kerusi sahaja di Negeri Kelantan. Apabila berlakunya krisis besar yang melanda negeri Kelantan, maka PAS Kawasan Kota Bharu yang beliau menjadi ahli jawatankuasa terpaksa membuat keputusan samada bersama Dato’ Asri sebagai Yang Dipertua Agong PAS waktu itu. Beliau bersama 8 orang jawatankuasa sahaja yang tidak menyokong Dato Asri, tetapi menyokong parti, manakala majoriti jawatankuasa menyokong Dato’ Asri. Beliau menjelaskan bahawa pemimpin boleh datang dan pergi.
Beliau juga menyatakan sokongan penuh kepada NGO PASMA yang ditubuhkan bertujuan mengukuhkan Pakatan Rakyat.  Usaha yang dilakukan oleh PASMA dengan mengadakan program dialog dan bertemu penyokong Pakatan Rakyat adalah usaha terbaik dan mesti diteruskan. Penggerak PASMA adalah merupakan orang yang beliau amat kenali dan merupakan orang yang telah diuji dan bertahan selama lebih 30 tahun dalam perjuangan, jelas beliau.


No comments:

Post a Comment