
Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. Beliau sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.Beliau telah bertemu Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. Menurut beliau, buku yang bertajuk “ KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH”, yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke Kedah.
Turut hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain ( Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA). Pada malam esok 11 hb Oktober, majlis pelancaran PASMA Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Pearl View, Seberang Jaya, Pulau, Pinang. Pada pendengar juga boleh mengikuti siaran langsung melalui WADAH.FM yang boleh diakses melalui TUNEIN RADIO komputer dan handphone.
11 OKTOBER 2014
Apa motif sebenar penubuhan PASMA?..membetulkan hala tuju PAS? Kempen nak Menjatuhkan Presiden PAS dan pilih presiden yg lain melalui muktamar?...kalau nak betulkan hala tuju PAS maka cara PASMA adalah menyalahi syariat kerana pasma telah membentuk jemaah dalam jemaah...adakah betul caranya begitu?...Islam tidak ajar umatnya membentuk jemaah dalaman Semata2 tidak berpuashati dgn kepimpinan yg dilantik melalui muktamar....2.boleh nak tukar presiden yg baru tp bukan caranya memperlekehkan dan tidak taat serta wala' kepada presiden yg sedia ada...
ReplyDelete