Sunday 5 October 2014

PASMA LANCAR RADIO INTERNET

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) telah memulakan siaran radio internet  resmi iaitu WADAH.FM yang boleh didengari melalui PC dan handphone. Para pendengar boleh mengikuti siaran 24 jam.

Perasmian pelancarannya akan dilakukan oleh Dato' Phahrolrazi Zawawi pada 10 hb Oktober 2014 semasa Majlis Dailog PasMa Daerah Kuala Muda bertempat di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah. Rancangan radio WADAH.FM adalah penyiar utama program anjuran PasMa di seluruh negara. PasMa akan dilancarkan di Daerah Kuala Muda, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak  dan Johor. Pihak PasMa berharap saudara yang berminat mengikuti program PasMa bolehlah mendengar melalui radio berkenaan. Terdapat juga siaran ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 1978 bertempat di Sungai Dedap, Yan, Kedah. Ceramah tersebut menjelaskan dengan panjang lebar bagaimana PAS telah ditendang daripada Barisan Nasional. Apakah sikap PAS selepas itu ikutilah siri ceramah tersebut sebanyak 4 siri. 

Pihak PasMa mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh ramai peminat PasMa yang ingin mengetahui apakah halatuju PasMa. Segala pandangan saudara adalah dianggap positif dan pihak kami amat mengalu-alukannya. PasMa amat terbuka dan bersedia mendengar apa sahaja komen yang disampaikan. Saidina Ali mengatakan " Lihatlah  kepada apa yang diperkatakan, jangan kamu lihat siapa yang berkata". 








MOHD TAIB BIN AHMAD
Setiausaha Agong 

No comments:

Post a Comment