Sunday 12 October 2014

KENYATAAN NIK ZAWAWI TIDAK BERASAS - PHAHROLRAZI


Nik Zawawi menghalang ahli PAS mengikuti aktiviti PASMA



Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan sebuah NGO dan bukan parti politik. PASMA adalah badan yang tidak terikat dengan parti-parti politik. Oleh yang demikian tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS untuk menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan. PASMA menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan yang berbeza. Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah. Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

2.            PASMA berusaha memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT yang menjadi harapan rakyat Malaysia.Beberapa isu berbangkit yang sengaja ditimbulkan di kalangan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat boleh menyebabkan perpecahan dalam PAKATAN RAKYAT. Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT akan menyebabkan penyokong PAKATAN RAKYAT hilang keyakinan dan kepercayaan. Sehubungan dengan itu PASMA mengadakan dialog agar tokoh-tokoh politik dan akademik serta penyokong diberi peluang memberikan pandangan mereka secara bebas. Kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya.

3. PASMA merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS sepatutnya ditujukan kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebab ianya bukan lagi menjadi keputusan parti kerana Jawatankuasa PAS Pusat sahaja yang berhak membuat keputusan  parti. Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan  badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti. Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif.



DATO’ PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI
Presiden
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA)        


13 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment