Wednesday 22 October 2014

Nasib Anwar Dan Kesannya Kepada Rakyat

http://im.ft-static.com/content/images/c699b2fc-759b-464a-b77b-83f096c72be1.img
Hanya lebih kurang seminggu saja lagi, nasib politik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan diketahui. Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang ialah sama ada beliau akan dibebaskan atau dipenjarakan sekali lagi.

Jika dibebaskan, Anwar akan meneruskan perjuangannya bagi menghadapi PRU 14 di sebalik kedudukan Najib Razak yang semakin goyang, kian ditolak dan tidak lagi mendapat sokongan daripada Mahathir Mohamad sebagaimana PRU 13 dahulu, manakala kalau didapati bersalah, maka berakhirnya karier dan masa depan politiknya.

Dengan dipenjara, hanya jiwa merdeka dan semangat perjuangannya saja lagi yang akan menjadi tangkal bekalan bagi PKR dan juga PR menghadapi pilihanraya akan datang nanti.

Sementara menunggu detik 28 dan 29 Oktober di mana Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menentukan sama ada rayuannya diterima atau ditolak, Anwar juga dilaporkan sudah pun mempunyai jadual yang padat untuk menemui para penyokongnya di seluruh negara. Malam terakhir sebelum ke mahkamah, programnya dijangka berlangsung di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya iaitu pada malam 27 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment