Friday 26 September 2014

DIALOG PERDANA DAN PELANCARAN PASMA TERENGGANU

TAJUK DIALOG : LUMPUHKAH PAKATAN RAKYAT?

TARIKH : 29 sept...Isnin jam 9.00 mlm

TEMPAT : Restoran Anjung Bahtera, Kg.Raja, Besut.


PANEL JEMPUTAN


1. Dato' Ir Phahrolrazi Haji Zawawi.
Presiden PASMA

 2. Us.Mohamad Hussin.
Tim.Presiden PasMa.

3. Sdr.Zulhazmi Shariff
 Penasihat Undang2 PasMa.

4. Dato' Omar Bakar.
PAS Kemaman
bekas SU Akhbar Tun Mahadhir.

5. Ust.Aziz Abas.
Bekas ADUN PAS Kota Putra.

DIALOG PERDANA DAN PELANCARAN PASMA PAHANG

TAJUK DIALOG : PAKATAN RAKYAT TERANCAM???

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2014, AHAD

TEMPAT : RESTOREN D`KELAH, GALI, RAUB

MASA : 4 PETANG.

PANEL JEMPUTAN :




YB. DATO' Ir PHAHROLRAZI HAJI ZAWAWI 
( PRESIDEN PASMA )









YB. HAJI KHALID SAMAD
( AJK PAS PUSAT )










YB.DATO' ARIF SABRI.
( AHLI PARLIMEN RAUB )











YM. TG. PUJI TG. ABD HAMID
( MANTAN TIMBALAN PESURUHJAYA  PAS PAHANG )









 

SDR. ZULHAZMI AT TAKANAN
( PENASIHAT UNDANG-UNDANG PASMA )






SEMUA DIJEMPUT HADIR

Pgkl Kubor: Apakah risau Suhaizan berasas?

Kemenangan BN dalam pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi. BN menang dengan majoriti 2,635 undi

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Walaupun pada hari kempen, kedua-dua parti dilihat hebat berperang poster dan kain rentang, namun ia bukan kayu ukur yang akan menentukan kemenangan mana-mana pihak.

Melihat kepada kesungguhan jentera BN daripada pimpinan tertinggi hingga akar umbinya yang turun padang untuk berkempen, keputusan itu tidak memeranjatkan.

Bahkan, kerja kuat yang ditunjukkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak putus-putus mengunjungi Pengkalan Kubor, akhirnya berbayar dengan kemenangan besar apabila majoriti undi BN bertambah hampir 1,000 undi.

Tidak dapat dinafikan juga, strategi yang digunakan oleh pengarah pilihannya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berhasil. Malah, dengan pemilihan calon yang mempunyai perwatakan warak, juga dilihat mampu menarik perhatian pengundi.

Strategi BN yang menggunakan pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu-isu yang dibangkitkan PAS juga dilihat berjaya apabila mereka lebih banyak menjawab segala dakwaan yang dilemparkan PAS berbanding mencetuskan sebarang isu atau provokasi.

Malah, pilihan raya kecil kali ini juga merupakan antara yang paling tenang berbanding dengan yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga hanya menerima tiga laporan berhubung kesalahan semasa tempoh berkempen serta tiada kekecohan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang PRK berlangsung.

Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil ini, ternyata penduduk setempat tidak begitu ambil peduli tentang isu royalti minyak Kelantan yang selama ini menjadi modal PAS untuk berkempen.

Isu-isu berkaitan agama serta menggunakan ketokohan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dilihat kurang berhasil.

Tak berani sentuh

Adakah ini mencerminkan kebimbangan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mengenai masa depan parti itu di Kelantan? Bagaimanapun kekhuatiran itu ditepis Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob.

PAS juga dilihat tidak berani untuk 'menyentuh' pengundi masyarakat Siam walaupun mereka merupakan pengundi kedua terbesar selepas pengundi Melayu iaitu sebanyak 6.81 peratus.

Berbeza dengan BN di mana mereka sentiasa 'menyajikan' masyarakat Siam dengan pelbagai aktiviti.

Melihat kepada perkara ini, mungkin PAS selepas ini perlu mengubah atau menyesuaikan strategi mereka mendekati pengundi bukan Islam.

Rata-rata penduduk yang ditemui juga lebih gemar jika isu pembangunan dan penyelesaian bagi masalah nelayan di kawasan itu dibangkitkan.

Ini kerana, kira-kira 80 peratus pengundi di Pengkalan Kubor bekerja sendiri dengan menjadi petani dan nelayan.

Oleh itu, tidak mustahil sekiranya kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu digapai apabila pelbagai projek dijanjikan antaranya pembinaan semula jeti di Kampung Geting diberikan sebagai kemudahan nelayan di kawasan itu.

Kampung Geting merupakan kawasan kubu kuat PAS.

Projek untuk petani, nelayan

Hal ini turut diakui PAS apabila mereka berpendapat agak sukar untuk menyaingi BN jika ia melibat projek-projek bagi golongan petani dan nelayan.

Malah mereka juga berpendapat, agak sukar untuk mengubah persepsi dan mentaliti sesetengah petani dan nelayan agar memberikan sokongan kepada PAS.

Selain itu, walaupun PAS menafikan ketiadaan pimpinan Pakatan serta masalah dalaman parti sebagai punca utama kekalahan.

Namun perkara itu tidak dapat menutup kepincangan yang berlaku apabila parti itu turut kalah di peti undi yang sebelum ini dimenangi mereka di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Bata.

Malah, jumlah pengundi di beberapa kawasan PDM yang dimenangi PAS sebelum ini juga merosot.

PAS mendakwa, kemerosotan undi itu  berpunca daripada pengundi luar yang tidak pulang untuk mengundi.

Namun dengan jumlah pengundi luar sekitar 2,000 ia masih tidak dapat memberi penjelasan sebenar tentang kemerosotan sokongan dan kalah peti undi Telaga Bata.

Walaupun PAS seringkali menafikan wujudnya masalah dalaman, namun kekurangan undi si beberapa kawasan peti undi, sedikit sebanyak memberitahu adanya pihak yang tidak keluar mengundi atau dalam erti kata lainnya 'memboikot' pilihan raya kecil berkenaan.

Ini dapat dilihat apabila wujudnya cakap-cakap yang mengatakan terdapat pemimpin tertinggi parti yang berasal dari negeri berkenaan kurang kelihatan sepanjang PRK Pengkalan Kubor ini berlangsung. Bagaimanapun, ketika ditanya perkara itu, segera dinafikan PAS.

Justeru, selepas 12 hari berkempen dan BN mengekalkan kerusi itu dengan tambahan majoriti, maka di mana silapnya PAS?

Adakah ia disebabkan kurang sokongan rakan sekutu daripada Pakatan atau masalah dalaman parti yang menjadi punca kekalahan?

SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/275793

Thursday 25 September 2014

Pasma tidak perlu bubar - Phahrolrazi






ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan dibubarkan meskipun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma akan terus dengan prinsip perjuangannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu PR.

“Sebenarnya Pasma ini berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah platform kepada penyokong PR yang tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana parti komponen PR.

“Sebelum ini penyokong PR tidak ada tempat untuk mengadakan wacana tetapi selepas penubuhan Pasma barulah mereka mempunyai tempat untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, gesaan beberapa pihak agar Pasma dibubarkan juga adalah tidak relevan.

“Pasma ini bukan sahaja untuk Pas dan parti komponen dalam PR, jadi tidak perlu berasa takut dengannya. .

“Ini kerana kita akan berperanan sebagai mengukuhkan hubungan parti komponen dalam PR dan menyelesaikan pelbagai masalah demi masa depan PR,” katanya

SUMBER : http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/09/pasma-tidak-perlu-bubar-phahrolrazi.html?m=1

Wednesday 24 September 2014

Bila sampai masa, kami akan keluar Pakatan, kata Pemuda PAS



PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) apabila sampai masanya, kata Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang mengatakan parti Islam itu sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP.
Khairil berkata, meninggalkan PR tidak mustahil bagi PAS walaupun tidak berasa ia akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.
“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar daripada PR ini bukan PAS tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.
Khairil bagaiamanpun berkata, PAS sepatutnya bersabar dengan "kedegilan" rakan-rakan sekutunya dalam PR, lapor portal itu lagi.
“Biasanya yang buat... yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. PAS sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.
“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, Insya Allah,” katanya seperti dilaporkan portal itu.
Kemelut menteri besar Selangor yang baru selesai dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaksikan pergeseran hebat di antara PAS dengan PKR dan DAP.
PKR dan DAP sebelum ini bertegas hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid akan tetapi PAS mempunyai pendirian berbeza.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, Dr Wan Azizah tidak layak untuk memimpin negeri Selangor kerana tidak pandai berhujah di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
Hadi berkata, Islam menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin dan ianya tidak ada pada Dr Wan Azizah.
“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.
“Kalau daripada awalnya lagi dia (Dr Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)?" soal Hadi.
Sebelum ini, ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi menteri besar Selangor.
Semalam Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PAS agar memohon maaf kepada Presiden PKR di atas penghinaan yang dilemparkan terhadap Adun Kajang itu.
Zuraida berkata, permohonan maaf Hadi penting agar Pakatan Rakyat (PR) dapat terus bergerak ke depan.
"Kami berharap agar Hadi memohon maaf terhadap semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap presiden parti kita," kata ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan.
"Kami tetap dengan pendirian wanita juga layak memegang jawatan menteri besar,” katanya. – 25 September, 2014
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-sampai-masa-kami-akan-keluar-pakatan-kata-pemuda-pas#sthash.nggQs2H7.P0ZkrpF3.dpuf

Nik Aziz: Jangan jatuh lubang sama dua kali

  • Nik Abdul Aziz Nik MatNik Abdul Aziz Nik Mat

PENGKALAN KUBOR - Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini berpesan kepada pengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor supaya mengundi parti yang memperjuangkan Islam sebagai pilihan mereka.

Nik Aziz berkata, manusia akan mati dan akan berdepan dengan kehidupan selepas kematian, iaitu akan berdepan dengan ALLAH, jadi setiap perbuatan yang dibuat di muka bumi akan disoal ALLAH di akhirat nanti.

"Kita akan mati, ingat balasan selepas kematian nanti.

"Bangsa Melayu tiada makna jika tiada Islam.

"Jadi ingat  pasal pemilihan pemimpin juga ALLAH akan soal," katanya pada ceramah Pas di Pengkalan Kubor malam ini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata Umno bertindak melupakan kawannya apabila parti itu senang dan selesa.

"Dahulu ketika zaman Tun Abdul Razak sayalah orang yang menyokong pergabungan tersebut (kerajaan campuran BN, Pas).

"Waktu itu, Pas terbahagi kepada empat sebab marah dengan tindakan saya iaitu dari Hamim, Berjasa, Bebas, Bersatu.

"Tetapi saya tetap sokong gabungan tersebut, tetapi apabila dia selesa dia tendang kita.

"Tetapi apabila dia tidak senang dia pujuk kita masuk dia balik selepas (PRU13 lalu).

"Jadi satu sahaja yang kita perlu ingat, Nabi ajar jangan jatuh dua kali dalam lubang yang sama," katanya.

PRK Dun Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September ini  menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan calon  BN, Mat Razi Mat Ail; calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim  dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary,

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-aziz-jangan-jatuh-lubang-sama-dua-kali-1.319396

Kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia, kata Ahmad Maslan



Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.
"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.
"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.
Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.
Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.
Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.
Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.
"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.
"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.
Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.
"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.
"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.
PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.
Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.
Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – 24 September, 2014.
SUMBER: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-tanggung-3-bulan-kehidupan-rakyat-malaysia-kata-ahmad-maslan#sthash.uIkeIWOt.dpuf

Kenyataan ‘4 exco PAS pengkhianat’ pendirian rasmi DAP, kata Guan Eng


DAP sekali lagi mengulangi pendirian 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS sebagai pengkhianat kerana enggan meletakkan jawatan selepas 6 exco PKR dan DAP dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa kemelut jawatan menteri besar di negeri terkaya itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.
"Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya," katanya di Pulau Pinang hari ini.
Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor.
Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.
Sallehin dalam reaksinya berkata, keputusan untuk tetap memegang jawatan exco adalah kerana khuatir sekiranya Khalid akan melantik exco baharu di kalangan ahli Umno.
"Jadi kami harap Lim akan menarik balik tuduhan menggelar kami pengkhianat," katanya.
Sementara itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Selangor dan berkata DAP akan memberi sokongan sepenuh kepada Azmin.
"Kami yakin beliau akan berkhidmat berdasarkan prinsip Pakatan Rakyat (PR), seperti mana dipersetujui PKR dan DAP. Kita mesti sentiasa menjadi kerajaan untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat bukannya hanya untuk sesetengah pihak," katanya. – 24 September, 2014.
SUMBER: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-4-exco-pas-pengkhianat-pendirian-rasmi-dap-kata-guan-eng#sthash.732oOyIY.dpuf

Menjejaki PasMa Melalui Kumpulan Republik Islam

Penulis veteran PAS, Subky Latif dalam tulisan di Harakahdaily terbaharu tidak menolak kemungkinan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang asalnya sebuah NGO, bakal didaftarkan sebagai parti politik serpihan PAS untuk menyaingi parti politik induk itu.
Mohd Taib Ahmad
Kemungkinan itu, kata Subky berdasarkan latar belakang Setiausaha PasMa, Mohd Taib Ahmad, aktivis PAS dari Kubang Pasu, Kedah.
“Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu.
“Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar,”katanya.
Subky merujuk kes PasMa sama seperti kes parti IKATAN (Ikatan Masyarakat Islam Malaysia) ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen PAS Dungun, Abdul Wahab Yunus pada tahun 1991.
Parti Ikatan sepanjang penubuhannya tidak aktif kata penganalisis politik Cikgu Zain , sehinggalah parti itu ‘dibeli’ oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999 dan menukarkannya menjadi Parti KeADILan Nasional (PKN) dan ditukar lagi menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah bergabung dengan PRM (Parti Rakyat Malaysia) pada tahun 2004.
Subky yang terkenal dengan penulisan berkias dan paradoks itu turut mendedahkan kemungkinan PasMa bakal didaftarkan sebagai parti politik menggunakan proksi Mohd Taib Ahmad dengan tajaan sekutu-sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.
“Yang saya ulas ura-ura keinginan penubuhan itu kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu.
“Tidaklah kita bersangka buruk, tetapi politik dunia ini begitu dan tidak boleh dipandang remeh. Jika dari situ puncanya, habis Anwar dan Kit Siang jadi barang geli yang mengeringkan gusi.
“Saya harap ia tidak begitu, kerana Anwar bukan setaraf pemimpin Umno yang menaja pembentukan Berjasa dan Hamim 30 tahun lalu. Jika Datuk Asri yang diketahui pintar tidak dapat menggugat PAS, maka tidak nampak Ahmad Taib boleh menjadi Erdogan bagi memandu politik baru di Malaysia,”kata Subky.
Mohd Taib Ahmad diperkenalkan oleh blog harapankubangpasu adalah bekas kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Kedah, juga pernah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu.
“Hj Taib adalah di antara kumpulan gerakan pelajar Universiti terdiri seramai 80 orang yang telah berbai’ah dengan Al-Marhum Tuan Guru Hj. Yusof Ar-Rawa Yang DiPertua PAS Pusat dan Al-Marhum Dato Hj Fadzil Mohd Noor (Timbalan Yang DiPertua PAS Pusat) … di era kepimpinan ulamak untuk menolak tawaran berkhidmat dengan kerajaan UMNO/BN dan memilih bertugas sepenuh masa dengan PAS.
“Antara rakan-rakan seangkatan yang rapat dengannya ialah Datuk Paduka Husam Musa dan Dato’ Takiyuddin Hassan yang kini dilantik sebagai Exco kerajaan Kelantan.
“Di samping beberapa Ahli Parlimen termasuklah YB Ustaz Mohammad Husin (Pasir Puteh), YB Saifuddin Nasution (Machang) dan Ustaz Idris Hj Ahmad, AJK PAS Pusat,”lapornya.
Blog mahasiswamenggugat menyebut Mohd Taib Ahmad merupakan aktivis pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (PMIUM) pada tahun 1983.
PMIUM yang sebelum ini merupakan tapak ABIM-PKPIM mula ditentang oleh Kumpulan Republik Islam satu kumpulan pelajar pro PAS, selepas Anwar Ibrahim membuat keputusan menyertai UMNO pada tahun 1982.
“Di Malaysia, kebetulan PAS mengalami krisis kepimpinan paling kritikal dalam sejarah penubuhannya apabila presidennya Dato Asri Muda yang mengimani aliran nasionalis-Islamis cuba ditumbangkan oleh Dewan Pemuda dan puak ulama PAS pada bulan Oktober 1982. Kaum muda dalam PAS yang dipelopori oleh tokoh-tokoh ABIM seperti Fadzil Mohd. Nor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad telah bergandingan dengan tokoh muda Islam lepasan universiti di Barat seperti Khalid Samad dan Ishak Ali dari Suara Islam telah mengegarkan pimpinan PAS agar melakukan pemurnian semula ke arah Islam yang syumul.
“GMI (Gerakan Mahasiswa Islam) di kampus Malaysia mula bergolak antara pihak yang pro dan kontra keputusan Anwar yang memasuki UMNO. Perpecahan GMI amat terasa di Universiti Malaya di mana proksi ABIM-PKPIM telah gagal mempertahankan pengaruhnya dalam kepimpinan PMIUM. Proksi PAS mula menonjol apabila berjaya merebut jawatan tertinggi dalam pimpinan PMIUM dengan mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang hanya memperolehi 35 undi.
“Pengolakkan ini bertambah hangat apabila Takiyuddin Hasan [kini, EXCO kerajaan Kelantan] menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PMIUM untuk memberi ruang kepada Mohd Taib Ahmad memenangi kerusi Timbalan Presiden PMIUM tanpa bertanding. Kumpulan pro PAS yang dikenali kumpulan Enam Kerinchi dikutuk habis-habisan oleh Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim sebagai pengkhianat.
“Kumpulan Enam Kerinchi terdiri daripada Muhamad Hussein [telah dilantik sebagai Presiden PMIUM pada sesi tersebut], Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad [kini, wartawan kanan Harakah], Azmi Ali, Fuad Zarkhashi [orang kuat UMNO Johor, Presiden PBMUM 1981/82].
“Kumpulan Enam Kerinci yang dikatakan proksi PAS berazam menaikkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM kerana beliau adalah orang kuat Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) yang diharap dapat membantu Muhammad Hussein menegakkan kepimpinan ulama di kampus Universiti Malaya.
“Tokoh-tokoh Kumpulan 6 Kerinchi ini merupakan pengasas kumpulan Republik Islam [turut dikenali Kumpulan Universiti Malaya] yang telah bersaing hebat dengan Islamic Represantative Council (IRC, mula berputik di Britain) digiatkan oleh Fauzi Shafie untuk menguasai Dewan Pemuda PAS pada akhir 1980an.
“Kumpulan Republik Islam terdiri Mohamad Hussein, Husam Musa, Ishak Ismail, Mohd Taib Ahmad, Baharin Mohamad, Syed Putra Syed Ahmad dan Mazlan telah berjaya membina pengaruh yang kuat dalam Dewan Pemuda PAS,” lapornya.
Bekas aktivis PMIUM, Zulkifli Sulong pula turut menceritakan kesan kemasukan Anwar ke dalam UMNO terhadap politik kampus UM.
“Apabila Anwar menyertai Umno, berlaku perpecahan hebat dalam kem Islam di kampus UM. Namun Shabery (Ahmad Shabery Cheek) tidak terlalu menunjukkan sikapnya. Lalu beliau ditolak masuk dalam kumpulan ‘tidak jelas’.
“Rumah sewa kami adalah di Conchita, rumah sewa yang menjadi markas pergerakan pelajar Islam di UM. Di Conchita inilah berdebatan hari-hari berlaku.
“Ketika itu kumpulan pro-Anwar dikenali dengan nama Anwariyyun. Yang paling ketara memimpin kumpulan ini adalah Saifudin Abdullah, Presiden Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) ketika itu. Baru-baru ini Saifudin menjadi calon BN di Pahang dan memenangi kerusi yang ditandinginya itu.
“Ketika Shabery tidak menunjukkan sikapnya yang jelas, Muhamad Husin memimpin kumpulan yang menyokong PAS secara langsung. Dalam kumpulannya termasuknya Husam Musa, Taib Ahmad, Mohamad Zainal Abidin Husien, Takiyudin Hassan, Zulkifli Yusof, Azmi Mohamad Ali, Syed Putra Syed Ahmad dan lain-lain lagi.
“Husam ketika itu aktif dalam PBMUM di bawah Saifudin. Muhamad Husin kemudiannya menjadi Presiden PMUM. Selepas itu, Takiyudin Hassan pula menjadi Presiden PMUM. Dan seterus selepas itu, Zulkifli Yusof juga menjadi Presiden PMUM,”katanya.
Dari zaman 80-an ketika di kampus, lingkaran tokoh-tokoh yang sama dikaitkan dengan penubuhan PasMa yang menjadi kontoversi baru-baru ini.

SUMBER : http://www.anwaraidc.com/?p=49817

PASMA sandar harapan di bahu Azmin kembali satukan Pakatan


Walaupun pernah dikritik mahu menyaingi PAS dan menjadi parti alternatif parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR), Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) melahirkan harapan tinggi terhadap menteri besar Selangor yang baharu agar beliau mampu menyatukan kembali parti dalam Pakatan.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau berharap segala tindakan bakal diambil Mohamed Azmin Ali yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar semalam akan mengambil kira masa depan PR di negeri terkaya di Malaysia itu.
"Selain mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau, kita penuh harapan agar beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan dalam PR.
PasMa merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-PR, ditubuhkan sekumpulan ahli dan pemimpin pertengahan PAS ketika krisis itu memuncak.
Phahrolrazi berkata, beliau berharap segala tindakan dan kenyataan Azmin selepas ini mengambil kita kepentingan PR.
"Ini kerana, sasaran kita bukan Selangor saja, bahkan menawarkan pimpinan terbaik untuk negara," kata Phahrolrazi yang pernah menjadi exco kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran bekas menteri besar daripada PAS, allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
PasMa sejak dari awal penubuhanannya menegaskan mahu menjadi NGO pendesak kepada hubungan erat dalam PR kerana yakin hanya dengan sistem dua parti dapat menjaga kepentingan rakyat di negara ini.
Namun, sesetengah pihak dalam PAS memandang serong terhadap penubuhannya dan ia didakwa berusaha menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memecahkan PAS.
"Kita yakin Azmin berbeza dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak mendapat sokongan penuh PKR dan DAP sebelum ini," kata Phahrolrazi.
Azmin bakal membentuk Kabinetnya Jumaat ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tindakan beliau dalam melantik exco dan pegawai kanannya akan menentukan hala tuju beliau sama ada mahu memulihkan hubungan dalam PR atau memecahkan retak yang sedia ada.
Hadi dalam ucapannya semasa penggulungan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat Sabtu lepas, menyelar pelbagai pihak termasuk rakannya dalam PR.
Paling ketara, apabila beliau mendakwa dua ahli PAS dibeli PKR untuk menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.
DAP pula terus mengecam 4 exco PAS yang kekal bersama Khalid ketika beliau memecat rakan exco daripada PKR dan DAP.
Namun ia dinafikan PAS dengan menyifatkan keempat-empat mereka sebagai penyelamat agar kerajaan negeri tidak jatuh dan pilihan raya terpaksa diadakan semula. – 24 September, 2014.
SUMBER: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-sandar-harapan-di-bahu-azmin-kembali-satukan-pakatan#sthash.sG3a4K1E.dpuf

Monday 22 September 2014

PELANCARAN PASMA KEDAH








Siri jelajah PASMA di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman telah diadakan di Hotel Leverage,Mergong pada 15 September 2014 berjaya menarik ramai peminat politik tanah air yang memerlukan penerangan serta maklumat terkini di tanah air. Forum bertajuk 'PAS KELUAR PAKATAN : MIMPI JADI REALITI' disampaikan oleh Presiden PASMA, Dato Ir Pharolrazi Zawawi serta Setiausaha PASMA, Mohd Taib bin Ahmad.

Semasa pelancaran ini, hampir 300 borang keahlian PASMA telah diisi menunjukkan bahawa peminat politik Malaysia masih memerlukan satu wadah untuk mendapatkan maklumat serta menyampaikan pandangan mereka dalam usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Sumber foto : Facebook Abdullah Abdurrahman Ibnu Abdurrahman

PELANCARAN PASMA WILAYAH PERSEKUTUAN



Rakaman pelancaran PASMA Wilayah Persekutuan pada 16 September 2014. Satu forum bertajuk 'PRESIDEN DISAYANGI PR DIKEKALI' diadakan di Serdang menampilkan YB Rafizi Ramli sebagai moderator. Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi selaku Presiden PASMA tampil sebagai panel memberi penjelasan mengenai tujuan dan matlamat penubuhan PASMA. Selain itu, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Saudara Zulhazmi Shariff juga berkongsi pentas dalam forum ini.

Thursday 18 September 2014

Mutiara Kata Ustaz Fadzil Noor Jadi Panduan Perwakilan....




Dipetik dari cetusan idea Abdul Shukur Harun....

Tidak perlu ada sebarang ketakutan atau kebimbangan dengan apa yang dimaksudkan tuntutan perubahan dengan segala konotasinya, justeru semua perkara berubah kerana ia sunnatullah. Demikian juga PAS yang telah berusia lebih setengah abad dengan sejarahnya yang panjang, dari kepimpinan dahulu hingga sekarang, ditandai dengan pelbagai perubahan sesuai dengan keadaan dan zamannya.

Bukankah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah menegaskan dalam Ucapan Dasarnya dahulu...

"Bahawa PAS memerlukan perubahan dan mempastikan sentiasa dalam proses perubahan, seperti air yang mengalir dari gunung ke bukit dan seterusnya ke sungai, ia mengalir dan bersih serta boleh dimanfaatkan."

"Tetapi air yang bertakung, tidak mengalir dan tidak berubah adalah kotor dan tidak boleh digunakan kerana ia memudaratkan!"

Renung-renungkanlah wahai para perwakilan sekelian. Laksanakan amanah yang dipikulkan dengan sebaik-baiknya dan jadilah insan yang berani untuk berubah kepada kebaikan. Takbir!!

Sumber :  http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2011/06/mutiara-kata-ustaz-fadzil-noor-jadi.html

NASIHAT ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR


Nik Aziz tidak benarkan Pas bergabung dengan UMNO

 

KOTA BHARU: Pendirian tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak akan sesekali membenarkan Pas bergabung dengan UMNO sehingga tiada sesiapa dalam kalangan Pas berani untuk menyuarakan pandangan itu.
Bahkan menurut Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Nik Aziz akan meludah muka sesiapa yang berani berkata demikian.
"Tuk Guru kata siapa-siapa yang mahu ajak Pas nak bersama dengan UMNO dia kan ludah. Tiada sesiapa berani ajak Tuk Guru kalau nak jugak kerjasama dengan UMNO tunggu Nik Aziz mati" kata Wan Abdul Rahim demikian kepada pemberita di sidang media harian Pas di sini siang tadi.
Turut hadir calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Hafiz Musa.
Katanya kebencian Nik Aziz kepada UMNO sukar dihapuskan hingga menyebabkan pendiriannya itu sukar digugat oleh sesiapa.
Dalam perkembangan berkaitan, Pas akan merahsiakan terlebih dahulu lokasi ceramah perdananya bagi kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor yang akan dirancang akan diadakan pada 23 September depan.
Katanya Pas juga kini lebih menumpukan ceramah berkelompok, ceramah mini rumah ke rumah berbanding ceramah secara besar-besaran.

sumber : http://www.kedahlanie.info

Wednesday 17 September 2014

PasMa tidak akan jadi parti politik - Phahrolrazi

Post Pic
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan bertukar haluan kepada sebuah parti politik, sekalipun ramai yang melihat kecenderungan tersebut susulan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya ada bibit perpecahan dalam PAS yang memungkinkan satu parti baru terbentuk akibat percanggahan pandangan, namun ia bukan daripada PasMa.  
 
"Tidak.. tidak.. Ia tidak boleh berlaku. Sebab kita NGO nak bertukar kepada parti politik, ia melalui proses yang sukar. Kalau ada pihak lain nak tubuh, itu urusan mereka. Bukan platform PasMa.
 
"Kalau nak tubuh, ini (mungkin) daripada kumpulan lain, pemimpin sendiri yang betul-betul tokoh politik yang ada kedudukan nasional, bukan saya.. Tahap (jawatan) saya rendah saja," katanya kepada Antarapos.
 
ADUN Pengkalan Kundor ini sekali lagi menegaskan bahawa objektif penubuhan PasMa adalah sebagai medium untuk para penyokong meluahkan pandangan kepada parti, dan penyingkiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak termasuk dalam perancangan NGO itu.
 
"Isu kita, ialah penyokong ambil berat. Sebab penyokong Pakatan Rakyat ini ambil berat apa yang berlaku, takut Pakatan berpecah," katanya sambil menafikan kewujudan PasMa menjadi punca kepada bibit perpecahan dalam PAS. 
 
Phahrolrazi menambah, walaupun Muktamar Tahunan PAS yang akan membuka tirai esok pasti akan membincangkan isu PasMa, namun katanya beliau berkemungkinan tidak ada peluang untuk menjelaskan objektif sebenar NGO tersebut yang selama ini dilihat memporak-perandakan PAS. 
 
"Saya ada dalam itu (muktamar) tapi saya bukan perwakilan yang berucap. Kalau saya berucap, saya bolehlah menjawab perkara berbangkit. 
 
"Saya terpaksa guna media sajalah kalau perlu saya jawab," katanya.    
   
Beliau dalam pada itu turut menafikan penglibatan beberapa pemimpin tertinggi PAS dalam organisasi NGO itu, seperti yang tersebar dalam internet.
 
Antara yang dikaitkan adalah golongan profesional yang 'dilabel' Anwarinas di dalam PAS, seperti Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Ketua Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa , Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.
 
"Tidak ada pimpinan dalam PAS atau Pakatan Rakyat berada dalam PasMa. Yang senarai itu semua palsu. 
 
"Ini bukan medan mereka, kita akan jemput mereka untuk datang program kita sebab penyokong nak tanya dalam forum," ujarnya lagi.
 
sumber : http://www.antarapos.com

PasMa tidak akan jadi parti politik - Phahrolrazi

Saturday 13 September 2014

Jelajah PASMA di PERLIS

Forum kedua PASMA akan dijalankan di negeri Perlis pada 14 September 2014.