Thursday 25 September 2014

Pasma tidak perlu bubar - Phahrolrazi






ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan dibubarkan meskipun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma akan terus dengan prinsip perjuangannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu PR.

“Sebenarnya Pasma ini berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah platform kepada penyokong PR yang tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana parti komponen PR.

“Sebelum ini penyokong PR tidak ada tempat untuk mengadakan wacana tetapi selepas penubuhan Pasma barulah mereka mempunyai tempat untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, gesaan beberapa pihak agar Pasma dibubarkan juga adalah tidak relevan.

“Pasma ini bukan sahaja untuk Pas dan parti komponen dalam PR, jadi tidak perlu berasa takut dengannya. .

“Ini kerana kita akan berperanan sebagai mengukuhkan hubungan parti komponen dalam PR dan menyelesaikan pelbagai masalah demi masa depan PR,” katanya

SUMBER : http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/09/pasma-tidak-perlu-bubar-phahrolrazi.html?m=1

No comments:

Post a Comment