Monday 12 January 2015

PASMA KUNJUNG HURMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG

PasMa bincang kerjasama dengan Guan Eng Susan Loone | 6:24PM Jan 12, 2015 Delegasi 15 orang anggota Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis, mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dalam pertemuan di Komtar, Pulau Pinang pagi ini, mereka dikatakan berbincang berhubung “kerjasama masa depan” dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang. Rombongan itu diketuai oleh Presiden PasMA yang juga bekas exco Kedah Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (kanan). Semasa pentadbiran sepenggal PAS di Kedah sehingga 2013, Phahrolrazi secara terbuka menentang kepimpinan menteri besar ketika itu almarhum Datuk Seri Azizan Razak. Azizan meninggal dunia tidak lama selepas pilihan raya umum pada Mei lalu. “Kami bincangkan beberapa isu dan strategi kerjasama untuk pilihan raya umum ke-14 dengan Lim,” kata sumber kepada Malaysiakini. Sumber juga mendakwa Phahrolrazi, dalam pertemuan itu, berkata pihaknya menimbangkan menjadi sebuah parti politik dan sedia untuk menjadi rakan baru DAP dan PKR. “Kami juga memberi jaminan kepada Lim bahawa kami komited untuk kekal dalam Pakatan Rakyat.” Phahrolrazi bagaimanapun ketika dihubungi menafikan bahawa pihaknya berniat menjadi sebuah parti politik baru dan hanya mahu bekerjasama dengan Pakatan sebagai sebuah NGO. Ketika ditemui, Lim (kiri) mengesahkan menerima kunjungan daripada anggota PasMa daripada Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Beliau yang juga setiausaha agung DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.
Jurang antara kumpulan profesional dan ulama dalam PAS dilihat semakin melebar selepas krisis pelantikan menteri Sumber: Malaysiakini

No comments:

Post a Comment