Friday 16 January 2015

PIMPINAN UMNO JUGA TAKUTKAN PASMA

Perbincangan Kerjasama Dengan Dap… Persiapan Awal PasMa Tendang Pas Oleh Wan Hafiz Hamzah KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, tindakan PasMa bertemu Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU 14 merupakan langkah awal kumpulan tersebut untuk menonjol sebagai sebuah parti politik ala Pas yang dilihat serupa tetapi tidak sama matlamat dan ideologi politik mereka. Jelas beliau, tindakan PasMa ini sudah dijangka sejak dari awal penubuhan NGO tersebut, biarpun pada awalnya kepimpinan PasMa mendakwa bahawa kewujudan NGO tersebut bukanlah untuk bersaing atau menggantikan Pas. “Kita semua sudah sedia maklum bahawa PasMa ini diwujudkan oleh golongan yang menyokong Anwar yang menolak kepimpinan Presiden Pas sekarang ini. Mana mungkin mereka tidak mempunyai agenda politik sedangkan yang menubuhkan PasMa ini semuanya ahli politik Pas itu sendiri. “Apabila PasMa membuat pertemuan dengan Lim Guan Eng untuk membincangkan kerjasama, kerjasama apa lagi yang dimaksudkan kalau tidak kerjasama politik? “Jadi jelas, penubuhan PasMa ini ada agenda politik dan secara tidak langsung akan memecah belahkan serta menenggelamkan parti Pas yang asal yang mendokong kepimpinan ulama,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. IMG_7342-e1416493795684Ujarnya, tindakan PasMa itu juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kalangan parti politik pembangkang seperti Dap dan PKR. “Secara tidak langsung, usaha ini saya lihat akan dapat melemah dan melumpuhkan gerakan parti Pas yang dilihat tidak mempunyai ideologi politik yang selari dengan Dap dan PKR. “Ini memandangkan Pas hari ini kerapkali tidak menentang arus sehingga menimbulkan perbalahan yang ketara khususnya antara Pas dan Dap dalam pelbagai isu, terutama isu hudud,” ujarnya. Justeru itu, beliau meminta agar penyokong serta ahli-ahli Pas yang terlibat dalam PasMa akan sedar dan membuka mata tentang agenda sebenar NGO tersebut yang sebenarnya lebih bermotifkan kepentingan politik untuk golongan tertentu. “Kalau kita nak berpolitik, politiklah…tak salah. Tetapi apa yang penting, perkara yang menjadi teras dalam kehidupan kita iaitu Islam, mesti terus dipelihara dan dimartabatkan. Jangan kita terpengaruh sehingga bersekongkol dengan puak-puak yang berniat untuk merosakkan agama dan segala teras negara semata-mata hanya kerana kepentingan politik peribadi mereka,” ujarnya.-MediaUMNO Berita Popular Tak Boleh Ganggu Isteri Guan Eng, Ganggu Isteri Najib Tak Apa? Simen Sudah Keras, Kayu Sudah Berkulat… Masih Tak Nampak Rumah Mampu Milik Eric Paulsen Cerminan Ideologi Liberal, Pluralisme Agama Yang Dianuti Pembangkang < Seterusnya Sebelumnya > Berita Bertarikh 14 January 2015 10:59 am

No comments:

Post a Comment