Tuesday 3 March 2015

PASMA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PAKATAN RAKYAT.

Majlis Makan Malam PASMA yang diadakan pada 27hh Februari 2015 bertempat di Dewan Sivic, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor telah dihadiri oleh ahli PASMA seluruh negara serta pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Di antara tokoh yang hadir ialah Dato' Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Pilihanraya PKR dan YB Teresa Kok daripada DAP. Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said juga hadir dan turut mendeklamasikan sajak belaiu dalam majlis berkenaan. Seramai 400 orang menjayakan Majlis Makan Malam PASMA. Dato' Phahrolrazi Zawawi semasa berucap dalam majlis berkenaan menegaskan bahawa PASMA adalah sebuah NGO yang bertujuan mengukuhkan Pakatan Rakyat. PASMA akan membantu Pakatan Rakyat mencapai kejayaan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh peserta yang hadir dan memberikan sokongan kepada PASMA.

No comments:

Post a Comment