Friday, 10 October 2014

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG BUKAN PRESIDEN PAS SEUMUR HIDUP : PHAHROLRAZI





Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS.

Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. Beliau sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.Beliau telah bertemu Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. Menurut beliau, buku yang bertajuk “ KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH”, yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke Kedah.

Turut hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain ( Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA). Pada malam esok 11 hb Oktober, majlis pelancaran PASMA Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Pearl View, Seberang Jaya, Pulau, Pinang. Pada pendengar juga boleh mengikuti siaran langsung melalui WADAH.FM yang boleh diakses melalui TUNEIN RADIO komputer dan handphone.

11 OKTOBER 2014




PANDANGAN ULAMAK PAS KEDAH DITOLAK PRESIDEN PAS PUNCA KEDAH JATUH

Punca Isu KEDAH & SELANGOR berlaku adalah kerana kuasa VETO PRESIDEN PAS..!!

Sembang kencang suruh ikut ULAMAK..tapi bila berlaku di KEDAH sewaktu ARWAH UST AZIZAN memerintah dahulu PRESIDEN PAS tak ikut pun kata ULAMAK... 
Beliau juga mengguna juga kuasa VETO dia mcmana berlaku menghantar nama MB dalam krisis Selangor tempohari....
DEWAN ULAMAK PAS KEDAH membuat keputusan supaya AZIZAN berundur namun apa yg berlaku....
ini cabutan mesyuarat DEWAN ULAMAK PAS KEDAH....

25 Rabiulawwal 1433
18 Februari 2012
Kepada :
Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Perkara : Cabutan Minit Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Kedah kali ke-9
Agenda 6 : Hal-hal lain
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dewan Ulamak PAS Kedah yang telah bermesyuarat pada 14/2/2012 yang lalu telah mengambil keputusan untuk menuntut agar Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya Pas Kedah dan menyokong tindakan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk tidak menyertai Kerajaan jika Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak masih kekal sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
3. Tindakan ini adalah berasaskan :
a. Tidak merujuk kepada parti dalam sebarang keputusan Kerajaan dengan bertindak membelakangkan prinsip syura dalam berjemaah.
b. Tidak memenuhi ciri-ciri kepimpinan ulamak seperti yang diperjuangkan oleh PAS.
c. Dikenalpasti mempunyai kepentingan peribadi dan penyalahgunaan kuasa.
d. Dewan Ulamak juga merasa begitu kecewa dan kesal kerana sepanjang pentadbiran Yang Amat Berhormat Ustaz Azizan Abdul Razak peranan ulamak dipinggirkan daripada pentadbiran Kerajaan.
4. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada Yang Berhormat Tuan Guru Presiden demi kepentingan parti dan Kerajaan Pakatan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
Sekian, wassalam.
Yang Menjalankan Amanah;
Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah 
Setiausaha Dewan Ulamak Pas Kedah.
SINAR HARIAN : KLIK SINI
M.A Shah

Monday, 6 October 2014

KENYATAAN BODOH NIK ABDUH DISANGGAH

Konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi, Ulama mengarut, kata pemimpin PAS
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 6 October 2014
AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin (gambar) dan Khalid Samad kedua-duanya menyangkal teori Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tentang konspirasi antarabangsa terhadap PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2014.Dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama disangkal hari ini oleh dua rakan sejawatnya yang mengatakan ia mengarut dan tidak berasas.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Majlis Syura mengatakan gerakan untuk menekan kebangkitan Islam memang wujud di peringkat antarabangsa, dan PAS sebagai salah satu pertubuhan Islam tidak terlepas dari menjadi sasaran.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider, menepis dakwaan rakan sejawatnya Nik Abduh, dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.
"Bagi saya itu teori mengarut. Tidak ada konspirasi. Adakah dengan melantik Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu konspirasi antarabangsa?" kata ahli Parlimen Sepang itu.
Katanya, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan parti Islam itu dan negara Malaysia.
"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak benda lain hendak fikir daripada (rancang) konspirasi," katanya.
Nik Abduh dalam artikelnya "Islam tanpa syariat" yang disiarkan Harakahdaily semalam mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.
Katanya, prinsip PAS yang konsisten berjuang menegakkan agama di dalam negara merimaskan musuh Islam antarabangsa.
Keadaan itu katanya menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, sekaligus tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).
"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Hadi dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, ya," kata anak Mursyidul Am PAS itu.
Pendapat Hanipa itu turut disokong seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.
Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama terjadi di Malaysia
"Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.
Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.
"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah komen dan beri pandangan ada usaha nak jatuhkan... ini dah terlalu melampau," katanya.
Katanya, teguran terhadap Majlis Syura merupakan perkara biasa sejak kepimpinan dahulu.
Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan wujudnya gerakan antarabangsa yang didalangi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Israel dan Britain untuk menjatuhkan kepimpinan ulama secara global.
"Ya, memang salah satu daripada sasaran adalah PAS. Itu tidak boleh dinafikan. Mana-mana negara yang ada kebangkitan Islam dilihat sebagai ancaman oleh kuasa besar," katanya.
Katanya, mereka memulakan serangan ideologi dengan cuba mengasingkan isu ekonomi dan politik daripada dikaitkan dengan agama sehingga ada sesetengah alim ulama dan pemimpin agama termakan dengan agenda itu.
"Sesetengah alim ulama, bila jadi mufti, dia tidak berani bercakap benda yang benar," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengaitkan konspirasi itu dengan cubaan melemahkan kedudukan dalam PR, seperti yang didakwa Nik Abduh.

"Itu pandangan dia. Dia mungkin sedar perkara itu terjadi maka dia kena buktikan sendiri," katanya. – 6 Oktober, 2014.

Sunday, 5 October 2014

PASMA LANCAR RADIO INTERNET

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) telah memulakan siaran radio internet  resmi iaitu WADAH.FM yang boleh didengari melalui PC dan handphone. Para pendengar boleh mengikuti siaran 24 jam.

Perasmian pelancarannya akan dilakukan oleh Dato' Phahrolrazi Zawawi pada 10 hb Oktober 2014 semasa Majlis Dailog PasMa Daerah Kuala Muda bertempat di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah. Rancangan radio WADAH.FM adalah penyiar utama program anjuran PasMa di seluruh negara. PasMa akan dilancarkan di Daerah Kuala Muda, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak  dan Johor. Pihak PasMa berharap saudara yang berminat mengikuti program PasMa bolehlah mendengar melalui radio berkenaan. Terdapat juga siaran ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 1978 bertempat di Sungai Dedap, Yan, Kedah. Ceramah tersebut menjelaskan dengan panjang lebar bagaimana PAS telah ditendang daripada Barisan Nasional. Apakah sikap PAS selepas itu ikutilah siri ceramah tersebut sebanyak 4 siri. 

Pihak PasMa mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh ramai peminat PasMa yang ingin mengetahui apakah halatuju PasMa. Segala pandangan saudara adalah dianggap positif dan pihak kami amat mengalu-alukannya. PasMa amat terbuka dan bersedia mendengar apa sahaja komen yang disampaikan. Saidina Ali mengatakan " Lihatlah  kepada apa yang diperkatakan, jangan kamu lihat siapa yang berkata". 








MOHD TAIB BIN AHMAD
Setiausaha Agong 

Thursday, 2 October 2014

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU SEOLAH-OLAH JURUCAKAP BN


Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu adalah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat. Yang terakhir adalah Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS, beliau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat.
Kenyataan beliau mengenai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS yang mengatakan bahawa PasMa adalah sebuah NGO sahaja. Malahan arahan yang dikeluarkan oleh beliau seoalah-olah PasMa adalah pertubuhan haram yang tidak boleh disertai dan diikuti program yang dianjurkan. Sedangkan PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang Malaysia. 











Mohd Taib Bin Ahmad
Setiausaha Agung PASMA

ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH


ara ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).
Berjuang sejak drp zaman kelam. Meng infaq kan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah.
Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu
Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di Satu Majlis Hariraya di Konsulate Makaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya joint semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....
Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal.......
Hanya kpd Allah .
"Ya Allah.
Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.
Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar........
"Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini.
Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.
Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama.
Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.
Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa.
Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata.
Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta.
Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2
Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah.
Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.
Namun apabila Mad Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamah. Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mad Sabu. Kamu yg hiduop dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.
Silakah berMUHASABAH.

DIALOG PASMA PERINGKAT DAEARAH KUALA MUDA KEDAH



TARIKH : 10 OKTOBER 2014

MASA : 8.30 MALAM

TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA, JALAN MARKET SUNGAI PETANI, KEDAH.

PANEL :








DATO' PHAHROLRAZI HAJI ZAWAWI
( PRESIDEN PASMA )










USTAZ MUHAMMAD HUSSIN
( TIMBALAN PRESIDEN PASMA )











USTAZ FIRDAUS JAAFAR
( MANTAN AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT )









USTAZ AZIZ ABBAS
( BEKAS ADUN TERENGGANU )