Tuesday, 23 December 2014
PASMA MEMBANTAH SEBARANG TINDAKAN KE ATAS PROFESOR DR YUSOF AL-QARDAWI.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang dilakukan ke atas Ketua Umalak Dunia, Profesor Dr Yusof Al-Qardawi. mengapakah tindakan tidak diambil ke atas regim Al-Sisi yang jelas melakukan pembunuhan ke atas rakyat Mesir dan menggulingkan sebuah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat melalui saluran demokrasi. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu mereka memang berniat jahat ke atas kebangkitan Islam. Mereka yang menyeru demokrasi sebaliknya merobohkan sistem demokrasi di Mesir.
Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi
Presiden PASMA
Monday, 22 December 2014
PROFESOR YUSOF AL QARDAWI PEJUANG ISLAM SEBENAR.
Profesor Dr Yusof Qardawi adalah merupakan seorang ulamak yang berani menyatakan yang benar walaupun beliau terpaksa menghadapi risiko yang benar. Demi menyatakan kebenaran terhadap penguasa zalim seperti Jeneral Al-Sisi yang menggulingkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Umat Islam seluruh dunia yang cintakan kebenaran dan cintakan ulamak yang tidak hipokrit terhadap pemerintah zalim patut menyatakan sokongan padu kepada beliau.
Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).
Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.
Beliau dimusuhi oleh rejim tentera Mesir di bawah Al-Sisi apabila beliau membela Al-Ikhwan Al Muslimin seperti mana yang dinyatakan oleh beliau dalam bukunya :
"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa ake memperoleh manfaat agama yang begitu besat dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakhwah ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oelh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan..."
Beliau adalah seorang ulamak sejati yang sanggup berkata benar walaupun pedih akibatnya. Beliau tidak bersekongkol dan berkompromi dengan pemerintah zalim dan rasuah.
Saturday, 20 December 2014
PENDAFTARAN SUKARELAWAN PASMA DIBUKA
PASMA KELANTAN membuka pendaftaran kepada seluruh sukarelawan daripada Kelantan dan luar Kelantan untuk menggembelingkan tenaga bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan. Menurut Pengarah Pusat Bantuan Banjir PASMA, Che Nordin Che Husin, bantuan daripada orang ramai sangat penting kerana masih ramai yang memerlukan bantuan.
Bantuan berupa makanan dan pakaian serta keperluan lain boleh dihantar terus kepada Bilek Gerakan Banjir PASMA yang terletak di Surayya Inn, Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan. Di atas sumbangan yang dihulurkan, pihak PASMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
BILEK GERAKAN BANJIR PASMA KELANTAN BERJALAN LANCAR.
PASMA KELANTAN menubuhkan Bilek Gerakan Bantuan Banjir dan mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi mendapatkan bekalan bahan makanan, pakaian dan keperluan. Pihak Bomba dan Penyelamat bekerjasama rapat dengan PASMA bagi mengedarkan bantuan yang diperlukan.
Timbalan Presiden PASMA dan juga Pengerusi PASMA Kelantan, Ustaz Muhammad Husin memberikan taklimat kepada sukarelawan PASMA pada hari Jumaat lepas bertempat di Bilek Gerakan Banjir. Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ustaz Aziz Abbas yang merupakan Pengerusi PASMA Negeri Terengganu. Selepas itu, Ustaz Muhammad Husin bersama petugas dan sukarelawan PASMA membuat tinjauan dan memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang. Turut serta ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Kerjasama antara beliau dengan PASMA sangat membanggakan.
Adalah diharapkan kerjasama yang sedemikian akan berterusan demi memberikan kebajikan kepada rakyat yang berada dalam kesusahan. PASMA Kelantan akan mempergiatkan lagi agihan sumbangan kepada penduduk yang menghadapi kesulitan akibat banjir yang melanda. Harapan PASMA agar bantuan daripada orang ramai akan terus diberikan bagi mempastikan bekalan yang mencukupi.
Thursday, 18 December 2014
TABUNG BANTUAN BENCANA BANJIR PASMA DITUBUHKAN
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Banjir PASMA bagi membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di Negeri Kelantan dan Terengganu yang menghadapi banjir. PASMA memohon sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada operasi bantuan yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh Ustaz Che Nordin Che Husin, manakala Pengarah Operasi pula ialah Ustaz Che Ibrahim Mohamad. Pusat Operasi Bantuan Banjir PASMA Kelantan ialah di Surayya Inn, Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan. Nombor telepon operasi ialah 013-9840899. Sumbangan orang ramai hendaklah disalurkan melalui akaun Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad no 02039010075853.
Wednesday, 17 December 2014
PANDANGAN ILMUAN ISLAM TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD
Tidak ada Muslim yang menolak hukum hudud
Saya percaya tidak ada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia yang faham, menolak Hukum Hudud kerana semua maklum ianya adalah perintah dan hukum Allah yang termaktub dalam al Quran.
Prof Madya Dr Asri berkata : Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah tiada lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya ‘An International Call for Moratorium on Corporal Punishment’ pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarqmeminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.
Tiga Golongan
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
Tujuan Kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalahmechanism dalam mengatasi jenayah tertentu. Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.
Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut”
Wednesday, 26 November 2014
KENYATAAN TUAN IBRAHIM, NAIB PRESIDEN PAS PATUT DIPUJI
PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden
Published: 27 November 2014
Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.
"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.
Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.
"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.
Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.
"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.
Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.
Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.
Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.
Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.
"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."
Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.
"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.
Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.
"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.
"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.
"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. – 27 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-pernah-rugi-dengan-tahaluf-siyasi-kata-naib-presiden#sthash.oxRrwKmX.dpuf
PASMA PERTAHANKAN PAKATAN RAKYAT
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan muzakarah lanjut dengan Majlis Syura Ulamak PAS pula kelak, susulan dialog tertutup dengan beberapa pemimpin parti masa depan itu semalam.
"Perbincangkan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PasMa dan jawatankuasa wakil PAS ini akan membawa balik semua penjelasan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum mereka membuat pendirian rasmi mengenai kewujudan PasMa ini.
"Perbincangan itu amat positif kerana PasMa diberi peluang untuk menjernihkan segala salah faham yang ditimbulkan oleh pemimpin tertentu parti sebelum ini.
"Yang penting, kita telahpun menjelaskan mengenai peranan PasMa yang tidak mungkin menjadi pesaing pada mana-mana parti politik kerana kita (PasMa) NGO.
"Pertemuan itu sekaligus semacam PasMa ini mendapat pengiktirafan daripada PAS dan kita berharap akan ada muzakarah susulan dengan Majlis Syura Ulama (MSU) pula selepas ini, jika mereka bersedia untuk bertemu dengan kita," ujar ujar Pahrolrazi dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Phahrolrazi yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kedah semasa era Pakatan Rakyat lalu berkata, perbincangan tersebut antaranya berkisar mengenai PasMa yang dikatakan menggerakkan usaha menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden PAS pada saingan Muktamar akan datang, pada Jun 2015.
Katanya lagi, kepemimpinan PasMa turut diminta memberi penjelasan mengenai beberapa kenyataannya yang dilihat jelas menentang ketetepan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, iaitu institusi paling berpengaruh selepas mesyuarat agung parti.
"Tindakan bergaduh dengan penonton macam PasMa ini tidak cerdik sebenarnya kerana sorakan PasMa ini memang untuk kekalkan sokongan pada pasukan Pakatan Rakyat walaupun ada sedikit kritikan daripada penyokong PasMa kepada individu tertentu dalam PAS.
"Kami (PasMa) sorak macam mana pun, kami bukan menentukan kalah menang dalam padang bola...tetapi, kalau persembahan pemain tak elok dan seringkali kalah pelawanan, kutipan tiket menurun," respons Pahrolrazi dalam nada seloroh.
Difahamkan, dialog bersama PasMa adalah merupakan salah satu ketetapan dalam retreat PAS baru-baru ini.
Retreat itu antara lain memutuskan bahawa Setiausaha Agungnya Datuk Mustapa Ali dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden) akan mewakili parti untuk berdialog dengan kepemimpinan utama PasMa.
Sumber Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut yang dihubungi pagi tadi bagaimanapun menjelaskan bahawa Mustafa tidak muncul dalam dialog bersama PasMa di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada petang semalam.
Salahuddin mengetuai delegasi PAS, ditemani Khairul Faizi Ahmad Kamil (Timbalan Setiausaha Agung) serta Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).
Manakala, PasMa pula diwakili oleh Phahrolrazi sendiri, diiringi Muhammad Husin (Timbalan), Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha) dan Zulhazmi Shariff (Penasihat Undang-Undang).
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kenyataan berasingan berkata Idris dan Khairul Faizi sepatutnya tidak menyertai dialog tersebut kerana tidak bertepatan dengan ketetapan parti dalam retreat PAS.
Malah, katanya, Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam beberapa kenyataan turut menghalang ahli parti daripada menyertai sebarang aktiviti PasMa.
"Mereka berdua (Idris dan Khairul Faizi) juga berisiko untuk dilihat menentang ketetapan MSU, jika larangan menyertai sebarang aktiviti PasMa itu benar-benar rasmi daripada MSU.
"Jika larang itu bersifat peribadi dia (Nik Muhammad Zawawi), maka parti wajar membuat ketetapan terhadap Setiausaha MSU ini juga," ujar Husam kepada wartawan, semalam.
Husam turut memuji ketetapan retreat parti PAS yang mahu berdialog dengan PasMa diadakan di peringkat pusat dan negeri, demi mengukuhkan sokongan rakyat terbanyak terhadap parti dan Pakatan Rakyat di PRU14 kelak.
Monday, 10 November 2014
PENGERUSI TETAP PAS MEMPERTIKAIKAN MAJLIS SYURA HARAMKAN PASMA
Pengerusi Tetap Pas, Dato Haji Abu Kasim Abdullah mempertikaikan Majlis Syura Ulamak PAS yang bermusuh dengan Pasma, sedangkan Pasma hanya sebuah Ngo sahaja dan berperanan mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh Muktamar PAS. Beliau juga mempersoalkan pimpinan ulamak dalam PAS sekarang yang tidak boleh ditegur. Beliau menyatakan bahawa PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor boleh ditegur dan berlapang dada menerima teguran. Kalau sikap ulamak seperti yang ada sekarang dalam PAS, maka mereka akan keseorangan, jelas beliau.
Tuesday, 4 November 2014
Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS: Khalid Samad
Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.
Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.
LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.
Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.
Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.
Kefahaman yang dibawa golongan baru adalah lebih mirip kepada fahaman 'Theocracy Barat' di mana yang bergelar ulama' (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka. Kononnya mereka sebagai 'pewaris Nabi' disebabkan ada ijazah dari Azhar, atau sebagainya, termasuk lulus 4 sanawi lebih layak walaupun jawatan yang diinginkan lebih bersifat eksekutif atau perlaksanaan. Ianya menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sudah lama tidak kedengaran.
Setelah ahli biasa mula keliru berhubung konsep kepimpinan ulama', maka langkah kedua dilaksanakan.
LANGKAH KEDUA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama' atau pembela kepimpinan ulama', golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri dari golongan profesional yang pro-PR. Mereka bergerak melalui saluran tertentu di dalam Parti, melabel pimpinan sasaran mereka ini dengan label kononnya menentang ulama’, tidak wala’ pada Presiden, lebih wala’ pada PR/PKR, liberal, penaja projek langgar Presiden dan sebagainya. Pimpinan sasaran mereka, adalah terdiri dari golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahaluf siyaasi dan kerjasama melalui PR.
Hujjah mereka disebar luas melalui program tertutup dalam mana pemikiran golongan muda diracuni untuk memusuhi pimpinan tertentu ini. Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah supaya pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS.
Pada masa yang sama, hubungan rapat antara profesional dan ulama’ juga dirosakkan dengan dimasukkan jarum syak dikalangan ulama’ terhadap profesional. Segala perbezaan pendapat yang merupakan suatu kebiasaan tempoh hari, ditonjolkan sebagai tindakan biadap terhadap ulama’ dan sebagainya. Mereka akan digambarkan sebagai lebih wala’ pada DSAI dari TGHH sendiri. Sedangkan mereka adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR!
Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.
Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.
LANGKAH KETIGA
[7:03PM, 11/3/2014] rajanorhisyam: STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah langkah kedua mula berkesan, golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.
[7:03PM, 11/3/2014] rajanorhisyam: STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah langkah kedua mula berkesan, golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.
Langkah ketiga adalah menyerang rakan PAS dalam PR. Pada awalnya PKR dan kemudiannya DAP juga. Peribadi Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sehingga tidak dapat dibezakan serangan mereka dengan serangan UMNO/BN terhadap beliau. Ketegangan antara parti PR adalah matlamat mereka dan dengan penuh emosi dan sentiment mereka laungkan “PAS yang terkuat, kita tidak perlukan PR, PAS dikudakan PR, tiada makna bersama PR” dan sebagainya, kesemuanya sama seperti yang dilaungkan macai UMNO.
Keadaan menjadi begitu keliru sehingga seolah-olah kesanggupan menyerang DSAI, PKR dan DAP menjadi bukti kesetiaan dan wala'nya seseorang kepada Presiden dan parti. Yang tidak sanggup menyerang dilihat sebagai kurang jelas fahaman mereka dan yang membela dan mempertahankan akan dilabel tidak wala' atau lebih wala' pada PR dari PAS. Akhirnya PAS dilihat lebih berlawanan dengan PKR dan DAP dari dengan UMNO/BN. Dan UMNO/BN sekadar melihat dan mentertawakan.
Oleh kerana usaha mereka ditumpukan kepada menyerang pimpinan Profesional pro-PR dan juga rakan-rakan dalam PR, golongan baru ini langsung tidak berperanan dalam menyerang UMNO/BN. Malahan sikap mereka terhadap UMNO/BN itu sendiri kelihatan lebih lunak dan mesra berbanding terhadap pimpinan sasaran mereka dan rakan dalam PR. Tidak salah kalau dikatakan bahawa sejak kemunculan golongan baru ini, UMNO/BN merasakan jauh lebih selesa kerana kerja UMNO sedang dilakukan oleh golongan ini!
Berselindung di sebalik slogan ‘cintakan Presiden, cintakan ulama’ dan sebagainya, mereka mengapi-apikan sentimen ahli untuk bersama mereka. Sedangkan yang dibawa mereka bercanggah dengan apa yang telah dan sedang diperjuangkan Presiden dan TGNA selama ini. Mereka membawa isu seperti ‘senario satu’, 'menjentik bukan Islam' dan ‘ketuanan Melayu’ yang kesemuanya begitu asing bagi PAS dan hasil pemikiran otak yang jauh terpesong dan terkeluar dari PAS.

MATLAMAT DI SEBALIK STRATEGI ADU
-DOMBA GOLONGAN BARU
Mereka begitu konsisten dengan usaha melaga-lagakan di antara pimpinan dan juga antara PAS dan PR maka semestinya adanya matlamat tertentu yang ingin dicapai. Melalui strategi yang tersusun sebegini akhirnya kehendak mereka sebenar, iaitu untuk PAS tinggalkan PR, akan tercapai. Tinggalkan PR, samada untuk PAS bersama dengan UMNO atau bersendirian, itu belum jelas lagi. Dan semestinya, sekiranya bersama UMNO adalah apa yang diinginkan, mereka sudah pasti tahu bahawa ianya tidak mudah dilakukan dalam suasana sekarang. Oleh itu ianya akan dinafikan dan dinafikan tetapi hakikatnya serangan terhadap UMNO/BN semakin tidak kelihatan.

Namun yang jelas, yang diinginkan adalah supaya PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, UMNO/BN akan kembali bernafas lega. Igauan UMNO selama ini akan berakhir. Ini adalah kerana yang mampu mengalahkan UMNO/BN setakat ini adalah hanya PR. Oleh itu sesiapa sahaja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu UMNO/BN.
Saya tidak tahu samada golongan baru ini sengaja ingin menggagalkan PR atas sebab mereka disokong UMNO/BN atau mereka berpegang kepada fahaman chauvanis-Islam seperti ISMA atau fahaman dan pendekatan yang seakannya.
INGATAN KEPADA SEMUA AHLI PAS
Saya mengingatkan ahli dan pimpinan supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Siapa mereka sebenar tidak diketahui. Satu ketika dahulu, ahli-ahli PAS diberi amaran supaya awasi golongan ‘musta’jiluun’, iaitu golongan gopoh yang ingin membawa perubahan melalui kekerasan. Ahli diingatkan, mereka mungkin SB yang telah menyusup dalam PAS pada tahun 80an.

Hari ini saya juga ingin memberikan amaran, supaya ahli PAS supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Mereka juga mungkin SB atau diperalat SB. Apa yang saya gambarkan di atas semua dapat lihat bahawa ianya sememangnya sedang berlaku. Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka paling kurang merupakan orang yang mahu merongkai kembali segala yang telah dibina PAS selama ini.
Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian
[7:04PM, 11/3/2014] rajanorhisyam: lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman.
Mungkin tanggapan saya terhadap mereka sebagai SB dan sebagainya tersilap, tetapi yang pasti mereka muka baru dengan sikap dan pendekatan baru. Dan sikap dan pendekatan mereka adalah kontra sikap dan pendekatan yang dibawa pimpinan lama. Sikap dan pendekatan mereka, sepertimana yang dizahirkan melalui ‘senario satu’, ‘jentik bukan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’ lebih mirip kepada Islam-chauvanis yang dibawa ISMA.

JEMPUTAN BERDEBAT/BERFORUM DENGAN GOLONGAN ADU-DOMBA
Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah.

Melalui debat/forum ini akan kita nilai sejauh mana hujjah mereka tepat dan benar atau hanya sekadar ingin membawa kearah perpecahan demi agenda tersirat. Adakah mereka sanggup dan berani? InsyaAllah saya sanggup.
Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Saturday, 1 November 2014
TAHNIAH KEJAYAAN NEKAD 3.O MEMPERKENALKAN TOKOH-TOKOH PAS
JAWATAN USTAZ HADI SEBAGAI PRESIDEN PAS AKAN BERAKHIR TAHUN DEPAN SEMASA MUKTAMAR : PRESIDEN PASMA
Presiden PASMA menjelaskan
bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau
menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA
Daerah Kuala Muda yang diadakan bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai,
Petani, Kedah Darul Aman.
Beliau juga menjelaskan
bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun
depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak
menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengikut perlembagaan PAS,
ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam
PAS.
Friday, 31 October 2014
USTAZ HAJI ABDUL HADI AWANG BUKAN PRESIDEN SEUMUR HIDUP
Presiden
PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden
PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan
daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi
bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul
Aman.
Beliau
juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau
sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada
masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden
PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak
untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS.
Di
samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang
mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan
Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. Dato
Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri
Kedah pada masa itu.
Beliau
sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah
pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.Beliau telah bertemu
Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar
Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan
yang dibuat. Menurut beliau, buku yang bertajuk “ KEJATUHAN KERAJAAN
PAS KEDAH”, yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara
sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke
Kedah.
Turut
hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain (
Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas
ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA).
Thursday, 30 October 2014
UMNO ONLINE : SOKONG PRESIDEN PAS DAN MSU
Anwarinas Makin Kuat Dengan Jenama Baharu, PasMa…

Apa yang terjadi kepada kepimpinan Pas sekarang? Semakin kuat arahan diberikan agar ahli Pas jangan sertai Pasma, semakin hebat pula tentangan terhadap amaran yang diberikan.
Terbaru, berita yang diterima, PasMa mula menyerang Terengganu, tempat atau kubu kuat Presiden Pas, Hadi Awang. Boleh dikatakan setiap daerah di Terengganu sudah wujudnya cawangan PasMa beserta dengan peerlantikan ketuanya sekali dan bukan itu sahaja, PasMa juga membuat perancangan untuk mewujudkan pejabat-pejabat pentadbiran beserta kakitangan tetap di setiap tempat yang mereka adakan cawangan-cawangan tersebut.
Kumpulan ini menggunakan alasan bahawa wujudnya percanggahan antara Setiausaha Agong Pas, Mustapa Ali dengan Majlis Syura Ulamak Pas. Menurut mereka, Mustapa Ali dalam kenyataan terdahulunya menegaskan tidak salah menyertai PasMa kerana ianya merupakan satu badan Ngo tetapi Majlis Syura Ulamak pula berpandangan yang berbeza dengan Setiausaha Agong Pas itu.
Menurut Presiden PasMa, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas dalam menangani percanggahan “arahan” tersebut dan beliau dengan yakin menyatakan hanya Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS yang berhak mentafsirkan perlembagaan Pas dan bukannya Majlis Syura Ulama.
Bukan setakat PasMa menyerang Terengganu sahaja. Di Kedah juga sudah bermula gerakan penubuhan cawangan dan perlantikan pemimpin daerah. Menurut Presiden PasMa, Phahrolrazi, PasMa juga sudah pun menyusun gerakan untuk menubuhkankan cawangannya di Pahang dan Ipoh dengan menegaskan bahawa kedua-dua program penubuhan di negeri-negeri tersebut bakal dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pas sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefley Ahmad.
Beliau juga turut mendedahkan nama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.
Sudah ada cakap-cakap dalam ‘kem’ Hadi Awang bahawa PasMa ini mungkin merupakan kumpulan Anwarinas yang hanya menggunakan nama baharu, PasMa agar nampak lebih rasmi kewujudannya sebagai golongan pendokong kuat penyokong parti Pas di atas nama perjuangan Ngo.
Bagi mereka, langkah pertama adalah menukar nama Anwarnis kepada PasMa adalah strategi golongan yang pro Anwar untuk mengambil alih kepimpinan utama Pas dimasa yang terdekat. Langkah akhir kiranya usaha dari dalam tidak berjaya maka PasMa berkemungkinan akan muncul sebagai parti politik dan bakal menjadi ‘komponen baru’ pakatan rakyat.
Hadi Awang dan golongan ulama Pas mungkin sudah menyedari hal ini dan apa yang dilihat oleh ahli Pas dan penyokong mereka, Hadi Awang kini terpaksa berhempas pulas menarik kembali sokongan ahli dengan mula bernada lembut selepas dilihat ketegasan dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor, Hadi Awang gagal mengawal anak buah sendiri dan tercalar imejnya sebagai Presiden Parti. Buktinya, Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur, Hadi Awang terpaksa akur dengan pemilihan calon yang datangnya dari orang kuat PasMa Kelantan.
Hadi Awang terus ‘dihukum’ oleh pemimpin Pas di barisan utama bila beliau dilihat tidak ditemani oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu dan juga Naib-Naib Presiden Parti yang lain pada hari perbicaraan ke atas Hadi Awang dalam kes memfitnah calon Pkr. Mat Sabu mampu mengikuti ceramah Anwar di mana sahaja atas nama pembelaan untuk Anwar, kenapa tidak sanggup muncul memberi sokongan moral kepada Presidennya sendiri?
Tambah perit bila Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berpendirian bahawa setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ahli mahu sertai PasMa.
Kalau dulu apa sahaja yang keluar dari mulut Hadi Awang, “itulah suara fatwa, itulah suara amanat” namun kini semuanya sudah basi. Fatwa “besi” Hadi Awang lebih dipercayai dan diikuti oleh penyokong Pas dari amaran keras Hadi Awang melarang mereka sertai PasMa.
“Besi’ untuk Anwar, basi untuk Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama.
Riana Abd Aziz
Artikel ini diambil daripada umnoonline
PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura
Ketika
rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak,
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan
penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu
melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.
The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.
Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-semakin-berkembang-dalam-pas-walau-diharamkan-majlis-syura#sthash.sfeG1y90.dpufPasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

Published: 30 October 2014
Ketika rasa tidak puashati
terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri
walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan
itu.
The Malaysian Insider diberitahu,
PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang
membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan
perkembangannya.
Di Terengganu, negeri presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan
paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin
PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.
"Kita bukan pertikai Majlis
Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha
Agung PAS dengan Syura.
"Setiausaha Agung kata tak
salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan,"
kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk
Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.
Phahrolrazi (gambar, kanan) berkata,
terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil
menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah
Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid
Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr
Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama
Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai
PasMa Pahang.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub
berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan
PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.
"Namun, Majlis Syura sudah
mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli
sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan
ahli-ahli PAS.
Fitnah2 : Mengapa peguam luar ketuai pendakwaan? »
(Oleh: Nadia Hanafi) KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat…Oct 30 2014 / Keadilan Daily / Read More »
Anwar yakin hujah peguam buktikan beliau tidak bersalah
PUTRAJAYA 30 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin
hujah yang dikemukakan pasukan peguamnya sepanjang tiga hari
perbicaraan…
Oct 30 2014 / Keadilan Daily / Read More »KENALI SPESIS PASMA : MSO
Abdul Hadi perlu kenal species PasMa
MENGIRINGI MENTARI
Kata presiden Pas Abdul Hadi Awang beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Dan beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada species apa. Menggunakan perkataan species itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alergik kepada kewujudan PasMa.
Saya rasa tidak berapa payah sangat untuk presiden parti agama itu
mengenali apakah species PasMa itu dan apakah matlamat penubuhannya.
Kalau tidak menjadi kesalahan saya hendak jelas jenis species PasMa itu
dan juga tujuan penubuhannya seperti mana saya memahaminya dan
difahamkan.
Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada species Pas. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.
http://msomelayu.blogspot.com/2014/10/abdul-hadi-perlu-kenal-species-pasma.html
Kata presiden Pas Abdul Hadi Awang beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Dan beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada species apa. Menggunakan perkataan species itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alergik kepada kewujudan PasMa.
![]() |
Phahrolrazi Mohd Zawawi |
![]() |
Abdul Hadi Awang |
Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada species Pas. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.
http://msomelayu.blogspot.com/2014/10/abdul-hadi-perlu-kenal-species-pasma.html
Tuesday, 28 October 2014
DAILOG PASMA PERAK DAN KUBANG PASU
DAILOG PASMA PERAK
DAILOG PASMA PERAK AKAN DIADAKAN DI IPOH PADA 7HB NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH JAM 9.00 MALAM. TUAN/PUAN YANG BERMINAT MENYERTAI PASMA DIJEMPUT HADIR. TERIMA KASIH. PRESIDEN PASMA DAN BEBERAPA TOKOH AKAN HADIR.
DAILOG PASMA KUBANG PASU, KEDAH.
DAILOG PASMA KUBANG PASU, KEDAH AKAN DIADAKAN DI DARULAMAN HOTEL, BANDAR DARUL AMAN PADA 2HB NOVEMBER 2014 JAM 9.00 MALAM. PANEL TERDIRI DARIPADA PRESIDEN PASMA DAN USTAZ ZOLKARNAIN ABIDIN AL-HAFIZ (BEKAS ADUN PERLIS, TPJ PAS PERLIS). TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR PERNJELASAN DARIPADA PASMA.
PEJABAT AGONG PASMA.
Untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia melalui online sila layari www.pasma-malaysia.com

MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)
MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)
Perancangan kerajaan Perpaduan UMNO PAS adalah perancangan halus yang dibuat oleh musuh PAKATAN RAKYAT iaitu BN. hanya dengan perpecahan dalaman PR sahaja, BN akan terus kekal memerintah. Oleh itu usaha yang terancang dilakukan dari dalaman PAS. Ustaz Ahmad Awang menerima panggilan daripada pimpinan tinggi PAS supaya diwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Perak. Ustaz Ahmad Awang menolak, akhirnya beliau diketepikan. Beliau menyebutkan bahawa orang berkenaan adalah ahli MSU yang berpengaruh, beliau bukanlah TG Nik Aziz. Semua Jawatankuasa PAS Pusat tahu siapa pimpinan tersebut. Malangnya hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya, malahan tindakan beliau semakin drastik untuk mengeluarkan PAS dari PR dengan alasan demi perpaduan Melayu Islam. Siapakah mereka; mereka ialah pemimpin PAS yang selalu mencadangkan supaya tahaluf siasi di kaji semula dan anggotanya ialah pemimpin PAS yang menyerang PKR dan DAP siang dan malam. Mereka tidak akan menyerang UMNO/ BN. Rundingan dengan pimpinan UMNO/BN berjalan terus dan matlamat mereka ialah PAKATAN RAKYAT berpecah. Mengapa JPP tidak mencadangkan supaya sebuah tribunal siasatan ke atas anggota MSU yang berunding dalam gelap dengan UMNO/BN dan tidak walak kepada keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PR.
Ustaz Ahmad Awang dan DS Nizar ada jawapan, siapakah anggota MSU berkenaan. Mereka wajar dipanggil memberikan penjelasan individu berkenaan. Persoalannya, mengapa isu ini sengaja diketepikan dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dibuat.
Hanipa: Tiada peruntukan kuasa veto presiden

Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.
Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan.
Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.
Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.
"Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).
"Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.
"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.
'Apa salahnya rujuk Luham?'
Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dierujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.
"Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).
"Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.
Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut.
Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan.

Monday, 27 October 2014
MENGAPA TAKUT PASMA
MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)
Perancangan kerajaan Perpaduan UMNO PAS adalah perancangan halus yang dibuat oleh musuh PAKATAN RAKYAT iaitu BN. hanya dengan perpecahan dalaman PR sahaja, BN akan terus kekal memerintah. Oleh ituusaha yang terancang dilakukan dari dalaman PAS. Ustaz Ahmad Awang menerima panggilan daripada pimpinan tinggi PAS supaya diwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Perak. Ustaz Ahmad Awang menolak, akhirnya beliau diketepikan. Beliau menyebutkan bahawa orang berkenaan adalah ahli MSU yang berpengaruh, beliau bukanlah TG Nik Aziz. Semua Jawatankuasa PAS Pusat tahu siapa pimpinan tersebut. Malangnya hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya, malahan tindakan beliau semakin drastik untuk mengeluarkan PAS dari PR dengan alasan demi perpaduan Melayu Islam. Siapakah mereka; mereka ialah pemimpin PAS yang selalu mencadangkan supaya tahaluf siasi di kaji semula dan anggotanya ialah pemimpin PAS yang menyerang PKR dan DAP siang dan malam. Mereka tidak akan menyerang UMNO/ BN. Rundingan dengan pimpinan UMNO/BN berjalan terus dan matlamat mereka ialah PAKATAN RAKYAT berpecah. Mengapa JPP tidak mencadangkan supaya sebuah tribunal siasatan ke atas anggota MSU yang berunding dalam gelap dengan UMNO/BN dan tidak walak kepada keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PR.
Ustaz Ahmad Awang dan DS Nizar ada jawapan, siapakah anggota MSU berkenaan. Mereka wajar dipanggil memberikan penjelasan individu berkenaan. Persoalannya, mengapa isu ini sengaja diketepikan dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dibuat.
Perancangan kerajaan Perpaduan UMNO PAS adalah perancangan halus yang dibuat oleh musuh PAKATAN RAKYAT iaitu BN. hanya dengan perpecahan dalaman PR sahaja, BN akan terus kekal memerintah. Oleh ituusaha yang terancang dilakukan dari dalaman PAS. Ustaz Ahmad Awang menerima panggilan daripada pimpinan tinggi PAS supaya diwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Perak. Ustaz Ahmad Awang menolak, akhirnya beliau diketepikan. Beliau menyebutkan bahawa orang berkenaan adalah ahli MSU yang berpengaruh, beliau bukanlah TG Nik Aziz. Semua Jawatankuasa PAS Pusat tahu siapa pimpinan tersebut. Malangnya hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya, malahan tindakan beliau semakin drastik untuk mengeluarkan PAS dari PR dengan alasan demi perpaduan Melayu Islam. Siapakah mereka; mereka ialah pemimpin PAS yang selalu mencadangkan supaya tahaluf siasi di kaji semula dan anggotanya ialah pemimpin PAS yang menyerang PKR dan DAP siang dan malam. Mereka tidak akan menyerang UMNO/ BN. Rundingan dengan pimpinan UMNO/BN berjalan terus dan matlamat mereka ialah PAKATAN RAKYAT berpecah. Mengapa JPP tidak mencadangkan supaya sebuah tribunal siasatan ke atas anggota MSU yang berunding dalam gelap dengan UMNO/BN dan tidak walak kepada keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PR.
Ustaz Ahmad Awang dan DS Nizar ada jawapan, siapakah anggota MSU berkenaan. Mereka wajar dipanggil memberikan penjelasan individu berkenaan. Persoalannya, mengapa isu ini sengaja diketepikan dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dibuat.
Sunday, 26 October 2014
PAS PERLUKAN PAKATAN RAKYAT : HUSAM MUSA
bidas pandangan sesetengah pemimpin yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berjuang bersendirian atau menyertai Umno dalam Barisan Nasional (BN).
Husam berkata, berjuang bersendirian umpama PAS kembali ke zaman 1980-an di mana parti itu bersendirian tanpa bersekutu dengan mana-mana pihak selepas ditendang keluar daripada BN.
“Saya masuk PAS ketika PAS sendirian, keluar daripada BN. Saya masih muda ketika itu, lihat seolah-olah PAS tiada masa depan.
“Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.
Husam berkata, masa terbaik bagi PAS adalah bekerjasama dengan PR kerana ia memberikan peluang sama rata kepada setiap parti.
“Jika kita ikut Umno kita umpama gerabak pada Umno bukan lokomotifnya. Sampai bila pun kita tidak dapat memintas Umno sebab kita satu landasan.
“Tapi dalam PR landasan kita parallel sebab kita punya landasan berbeza dan persaingan sihat untuk masa depan politik lebih baik. Kalau baik PAS, maka PAS akan mengetuai, jika PKR yang baik maka ia akan jadi ketua. Kita perlu yakin politik Melayu akan berlaku rekonstruksi.
“Tetapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tidak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun membetulkan dan meyakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik,” katanya.
MENGAPA TAKUT DENGAN PASMA - MSO
Tidak perlu larang ahli Pas sertai PasMa
MSO
Larangan tidak rasmi (berbentuk personal) telah dikeluarkan oleh pemimpin Pas agar ahli parti agama itu tidak terlibat dengan kegiatan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia atau PasMa. Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSu), Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, antara pemimpin yang mengeluarkan nasihat agar ahli Pas tidak terlibat. Agak garang juga nasihat mereka?
Tidak ada alasan kemas yang diberikan melainkan kerana rasa bimbang dengan hala tujuan PasMa yang dianggap berusaha untuk menjatuhkan presiden Abdul Hadi Awang. Sebenarnya ahli Pas tidak perlu dilarang daripada melibatkan diri dengan PasMa. Pas tidak perlu takut dengan kemunculan PasMa yang semua orang jelas akan tujuan dan maksudnya.
Kita harus percaya kepada matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat suatu pakatan yang perlu diperkuatkan sekiranya mahu melihat perubahan politik dan pentabiran negara ini. Pakatan Rakyat bukan hak sendirian berhad sesiapa.
Mengenai hal tujuan dan maksud PasMa dinyatakan dengan terang dan jelas. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. PasMa tidak boleh menjatuhkan Abdul Hadi kerana ia bukan parti. Dan kalaulah itu matlamat tersembunyi PasMa ia tidak boleh dikecam begitu sahaja melainkan perlu berfikir kenapa kalau Abdul Hadi hendak dijatuhkan.
Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas. Itulah forum yang munasabah dan berpelembagaan. Mereka yang merasakan PasMa bergerak untuk menjatuhkan presiden atau menjadi parti dalam parti adalah mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Orang yang tidak mempunyai kekuatan dan wisdom. Saya melihat kewujudan PasMa tidak menjadi jemaah dalam jemaah, sebaliknya yang beraku MSU menjadi badan eksekutif kedua selepas Jawatankusa Kerja Pas. Dalam Pas ada eksekutif dalam eksekutif.
Pas terutamanya pemimpin tertinggi harus menerima kehadiran PasMa seperti mana Umno menerima kehadiran Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa). Perkasa sebuah Ngo yang disertai seratus peratus oleh ahli Umno. Tetapi Umno tidak pun merasakan takut dengan peranan dan fungsi Ngo berkenaan. Bahkan dalam hal-hal tertentu Umno menerima Pekasa sebagai sahabat yang membantu parti berkenaan.
Nah, begitu juga Pas dengan PasMa. Pas perlu menerima PasMa sebagai sebuah Ngo yang memperkukuhkan kedudukan Pas itu sendiri. Sesuai dengan ahli PasMa terdiri daripada golongan profesional, tenaga dan buah fikiran mereka boleh digunakan untuk perkuatkan Pas. PasMa boleh membawa dirinya menjadi sebuah badan pemangking kepada Pas. Cubalah berfikir secara positif bukannya dengan rasa cuak dan cemuh.
Sesiapa yang berhajat untuk menjadikan PasMa sebagai organisasi untuk berdepan dengan Pas, atau menghancurkan parti agama itu, ia harus ditolak da dikecam. Itu bukan caranya. Adalah berdosa besar PasMa kalau bermatlamat demikian. Mengenai hal ini ahli Pas bijak dan sedar segala-galanya mengenai PasMa. Generasi muda yang menerima PasMa ada perkiraan dan hujah tersendiri.
Apa yang berlaku kini saya nampak ada segelinir ahli Pas yang sengaja menimbulkan persepsi buruk kepada PasMa dengan niat tertentu. Mereka berbuat demikian tidak melihat kepada nawaitu Ngo berkenaan dalam rangka Pakatan Rakyat, tetapi kerana cemburu dengan penampilan atau pesornaliti mereka yang menggerakkan Ngo berkenaan disebabkan krisis perbadi. Itu sahaja.
Jelas kalau persepsi itu dibuat berdasarkan rasa cemburu dan irihati ia tidak akan membawa kebaikan sebaliknya akan menambah keburukan dalam parti agama itu sendiri. Yang harus dilayani oleh Pas mengenai Ngo ini ialah menerima dengan fikiran dan sikap terbuka dan bersangka baik. Kalau kumpulan atau halaqah lain yang dibentuk secara senyap menerusi kumpulan whatsaap boleh diterima kenapa gerun dan takut menerima Ngo yang jelas dan nyata seperti PasMa?
PASMA UCAP TAHNIAH DAN MENYAMBUT BAIK SARANAN NAIB PRESIDEN PAS
Pasma: Setuju diskusi dengan Pas

KOTA BHARU - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menyambut baik
cadangan supaya ruang diskusi antara Pas dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) itu dibuka bagi mewujudkan persefahaman antara gerak kerja yang
dijalankan.
Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan bagi menjelaskan lagi matlamat dan gerak kerja Pasma yang disalah erti sesetengah pihak.
“Pasma sebuah NGO yang diwujudkan khas kepada penyokong PR, PKR dan DAP menyambut baik gerak kerja kita, namun Pas, hanya sebahagian dan sesetengah tempat sahaja menerima kewujudan kami.
“Apabila ada perbincangan nanti, kita harap akan ada satu hasil yang positif mengenai gerak kerja Pasma dan insya-ALLAH akan memberi manfaat kepada PR,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Dialog Bersama Presiden Pasma anjuran NGO Pakatan Setia di sini, semalam.

Wednesday, 22 October 2014
PAS dan PasMa: Perlukah Bertindak Melarang? : Khalid Samad
Saya mengikuti polemik berhubung PasMa yang berlarutan sekian lama dengan penuh hairan dan perasaan pelik. Perasaan hairan saya adalah mungkin kerana saya tidak memahami ‘isu sebenar’ di sebalik reaksi yang begitu negatif terhadap penubuhan PasMa. Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu ‘naif’ sehingga tidak menyedari ‘bahaya’nya PasMa. Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya baru didaftarkan. Mengikut senarai itu, saya salah seorang Naib Presiden kalau tidak silap saya!
Biarlah mereka katakan apa yang ingin mereka katakan. Hakikatnya walau apa sekalipun, jenis yang ingin mengata akan terus mengata. Mungkin bagi mereka tiada makna hidup kalau tidak mengata!
Bagi saya, PasMa sebuah NGO yang telah mengisytiharkan dirinya bersama PAS dan PR. Mereka ingin menjatuhkan UMNO/BN dan menyumbang kearah memperkukuhkan PR. Kalau dengan pengisytiharan sejelas itu pun kita masih ragu dan tentang, saya tidak mampu mengatakan apa-apa selain, “saya hairan”.
Sebenarnya kalau mengikut perlembagaan PAS, tiada salah sekiranya ahli menjadi anggota mana-mana NGO. Malahan berkerjasama dengan NGO adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS. Kecuali sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang bercanggah dengan PAS. Tetapi sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang sama atau tidak bercanggah, maka tiada masalah ianya menerima sokongan dan penyertaan dari ahli PAS.
ADAKAH MATLAMAT PASMA SELARI DENGAN MATLAMAT PAS?
Sekiranya ada pimpinan yang menentang penubuhan PasMa, jangan marah sekiranya rakyat mendakwa bahawa PAS ingin dibawa keluar dari PR oleh pimpinan tertentu.
Ini adalah kerana matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk menentukan PAS kekal bersama PR. Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa? Rakyat akan membuat kesimpulan bahawa pimpinan PAS melarang ahli menyertai PasMa dan mengikut programnya kerana matlamat PasMa bercanggah dengan matlamat pimpinan PAS! Dan mereka akan simpulkan bahawa matlamat pimpinan PAS adalah untuk membawa PAS keluar dari PR! Itu sahaja rasional yang mampu menjelaskan tindakan pimpinan yang melarang ahli PAS menyertai PasMa atau programnya.
Oleh itu, oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu Istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi.
TUDUHAN INGIN JATUHKAN PRESIDEN
Ada juga yang mengeluarkan pandangan bahawa PasMa ditubuhkan untuk menjatuhkan Presiden PAS! Entah dari mana datangnya andaian sebegitu pun saya tidak faham. Sedangkan Presiden PasMa sendiri menafikannya. Atau ada matlamat lain yang sebenarnya? Teori konspirasi lagi? Ini pun satu perkara yang tidak mampu saya katakan apa-apa kecuali “saya hairan”.
Adakah mungkin sebuah NGO mampu menjatuhkan Presiden PAS? Sedangkan yang memilih Presiden adalah perwakilan parti berkenaan di muktamarnya. NGO tidak hadir dan tidak ada perwakilan NGO yang mengundi. Oleh itu tidak mungkin PasMa mampu menjatuhkan Presiden PAS.
Mungkin yang dimaksudkan ialah PasMa akan menyediakan saluran supaya Presiden PAS dikritik dan ditegur sehingga ahli PAS akan menolak kepimpinan beliau. Kalau itulah yang dimaksudkan, maka apa yang perlu dikhuatiri? Semestinya apa jua hujjah yang dikemukakan boleh dipatahkan oleh pimpinan PAS. Perlukah takut kepada usaha yang dilakukan secara terbuka? Lebih lebih lagi apabila pimpinan PAS turut dijemput hadir bersama dalam program PasMa.
Walaubagaimanapun, yang saya lebih takut dan khuatir ialah usaha secara diam-diam yang berjalan tanpa pengetahuan mereka yang dikritik dan diserang.
Kalau sekiranya PasMa ingin menyediakan platform supaya Presiden dan pimpinan PAS yang lain dikritik dan ditegur secara terbuka, saya syorkan supaya semua pimpinan melibatkan diri dalam program PasMa apabila dijemput. Pada ketika itu boleh diberikan penjelasan dan mempertahankan Presiden dan tindakan yang telah diambil. Sekiranya kritikan dan teguran itu bernas, maka diterima dan bawa ke perhatian pimpinan untuk memperbaiki dan perbetulkan bersama. Bagi saya, teguran dan kritikan terbuka tidak perlu ditakuti. Yang perlu ditakuti adalah pujian yang melampau-lampau yang menjadikan diri leka dan tidak sedar apabila melakukan kesilapan.
Begitu juga dengan kritikan dan teguran yang dilakukan secara senyap dan tanpa peluang membela diri. Ini akan menyebabkan amalan fitnah memfitnah, penanaman sikap benci-membenci, label-melabel dan berpuak-puak berlaku. Orang yang diserang dan dikritik pula tidak diberi peluang membela diri atau memberi penjelasan sebaliknya.
MENCABAR PRESIDEN
Ada yang kata akhirnya hasil usaha PasMa, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ianya tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi. Kalau tiada PasMa sekalipun tidak mustahil ianya boleh berlaku.
Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa jua pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa?
KETERBUKAAN PAS TERHADAP KRITIKAN
Setahu saya selama ini PAS mempunyai dasar terbuka berhubung kritikan dan teguran. Kritikan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat untuk PAS memperbaiki diri. Dan sememangnya PAS mengakui banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maka kalau ada usaha untuk membuka ruang seluas mungkin untuk menyalurkan kritikan ahli dan rakyat terhadap PAS, maka PAS akan sambut usaha itu dengan baik. Ini sikap PAS yang saya kenali selama ini. Tidak tahulah kalau sudah berubah.
Sikap PAS sebegini jauh berbeza dengan sikap UMNO/BN yang sememangnya diketahui umum tidak suka pada kritikan dan akan berusaha menutup segala ruang kritikan daripada didengari rakyat. Itulah sebabnya digunakan media dan segala cara yang mampu bagi menutup semua ruang kritikan. Pada masa yang sama, digunakan juga Akta Rahsia Rasmi. ISA pada dahulunya dan Akta Hasutan masa ini. Jelas bahawa UMNO/BN hanya ingin mendengar puji-pujian.
Tetapi kebelakangan ini UMNO/BN mula bersikap lebih terbuka. Tetapi mungkin keterbukaan mereka adalah atas sebab terpaksa. Maka dimansuhkan ISA walaupun diguna pula Akta Hasutan. Dibenarkan pula majlis ceramah dan perhimpunan aman. FRU jarang pula kelihatan. Mungkin juga terpaksa menzahirkan sikap terbuka atas sebab kesedaran rakyat.
Dalam keadaan UMNO/BN berubah menjadi lebih ke hadapan, janganlah pula PAS berubah ke belakang. Dari terbuka ‘dipaksa’ bersikap tertutup, bagaikan takut pada bayangan sendiri. Jangan pula yang akan beranggap PAS tidak menghormati hak kebebasan bersuara. Mengharamkan itu dan ini sedangkan segala hujjah yang dikemukakan oleh yang hadir di program PasMa boleh dipatahkan dengan hujjah juga. Ruangnya diberi. Bukan ‘dipatahkan’ dengan pendekatan kuku besi melalui pengharaman!
KESIMPULAN
Kalau PAS bertindak secara melarang ahli menyertai dan hadir program PasMa, maka akan dikatakan mengenai PAS, “sama sahaja PAS dan UMNO, bila berkuasa akan diharamkan rakyat mendengar pandangan yang berbeza yang mengkritik kepimpinan mereka”. Biar rakyat bebas mendengar serta bersuara dan pada masa yang sama PAS perlu yakin dengan kekuatan hujjah yang ada. Kalau tersilap, bersedia pula untuk membetulkan diri.
Tidakkah Umar semasa menjadi khalifah memuji pemuda yang berjanji akan membetulkannya dengan pedang sekiranya dia terseleweng? Ingatlah, jawatan pemimpin bukan untuk dipuji. Ianya amanah yang berat yang menyebabkan penyandangnya berterima kasih kepada yang sanggup membantunya. Samada dengan menjalankan tugas di bawah arahannya atau menegurnya apabila dilihat tersilap. Sedangkan Rasulullah (SAW) sendiri bersedia menerima teguran dan pandangan, inikan pula ummat Baginda.

Subscribe to:
Posts (Atom)